Monday, July 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Kita Putus Memang Sebab You Takde Duit!” – Saidah Minta Muntazar Ghufran Move On Dan Matang

by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Share on Facebook

Tular baru-baru ini mengenai perpisahan pasangan artis Saidah Kamarudin bersama bekas tunangnya, Muntazar Ghufran. Dalam satu temubual eksklusif bersama rakan media mStar, selebriti media sosial Saidah akhirnya membuka mulut mengenai punca perpisahannya dengan bekas kekasih, Muntazar Ghufran. Dalam kenyataan yang lantang dan penuh emosi, Saidah mendedahkan bahawa isu kewangan adalah antara faktor utama perpisahan mereka.

“Okay, kita putus memang sebab you takde duit, dalam akaun dia cuma ada RM500 saja. Macam mana you nak jaga anak orang kalau you cuma cukup untuk sara diri you sahaja. ” ujar Saidah tanpa berselindung.

https://www.tiktok.com/@mstarmalaysia/video/7511914466234141968?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7456007794510415368

“I Menyesal Sangat Kenal You, I Wish I tak Pernah Kela You Langsung!”

Hal ini sekaligus menjawab segala spekulasi netizen yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka yang kelihatan renggang sejak beberapa minggu lalu. Video temubual yang kini tular di media sosial memperlihatkan Saidah tenang namun tegas dalam menyuarakan pendiriannya.

Menurutnya lagi, walaupun cinta dan kasih sayang itu penting, realiti hidup memerlukan pasangan yang mampu berdikari dan bersikap matang dalam menguruskan masa depan.

“Kenapa you nak menipu I? You sebenarnya tak boleh kahwin. You sepatutnya pergi kerja dan sambung belajar, bukan kahwin”

“Sepanjang preparation berkahwin saya yang banyak keluar duit, dia banyak pause. Bila saya tanya dan minta bank statement baru saya tahu,” tambah Sadiah

Saidah turut menggesa Muntazar agar berhenti memainkan watak mangsa di media sosial dan mula melangkah ke hadapan untuk membina kehidupan sendiri.

“Muntazar. jangan buat perangai budak-budak boleh tak, I know you still young tapi the others yang 22 lagi matang dari you lah. Now my parent ajak bincang elok-elok, kalau dia tak nak I will proceed untuk proses saman.”

Kenyataan berani Saidah itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong tindakan Saidah kerana berani bersuara, namun tidak kurang juga yang mengecamnya kerana dianggap terlalu materialistik.

"Please, Saya Bukan Dengan Dia" - Fify Azmi Nafi Bercinta Dengan Niezam Zaidi

Netizen Berbelah Bahagi

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai pandangan mengenai isu ini. Ada yang bersimpati dengan Muntazar dan merasakan bahawa masalah kewangan bukan alasan kukuh untuk memutuskan hubungan, manakala segelintir pula menyokong Saidah atas dasar realiti kehidupan yang mencabar.

“Kalau lelaki masih belum stabil kewangan, elok jangan bercinta dulu. Fokus bina kerjaya dulu,”

“Cinta bukan hanya tentang duit. Tapi cara Saidah cakap macam dia tak pernah sayang pun,”

“Sadiah ni jenis perempuan tak boleh susah senang bersama”

“Aku lelaki pun tak nak kawen kalau takde duit, aniaya anak orang”

“Kalau takde duit, jangan kawen..banyak nak pakai modal”

“Benda boleh kumpul sama-sama, kenapa nak letak beban kat lelaki..mana tau rezeki lepas kawen ada”

Apa pun yang berlaku di antara Saidah dan Muntazar, hanya mereka yang tahu cerita sebenar di sebalik hubungan itu. Namun, kenyataan terbuka dari Saidah jelas menunjukkan bahawa dia sudah bersedia untuk melangkah ke hadapan dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kisah lama.

Adakah Muntazar akan memberikan reaksi balas? Atau adakah kisah ini akan terus berpanjangan di platform media sosial? Sama-sama kita nantikan.

duitMuntazar Ghufranputussaidah kamarudin
https://lomp.at/nwmlv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @harizhamdann (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam- “Lebih Kepada Nak Ambil Kesempatan”

by Soph Azz
July 21, 2025

Belum lagi reda isu memegang tangan dan dipeluk aktor Yusuf Bahrin dalam trailer drama "Seindah Hujan Cinta", nama Nelydia Senrose...

Read more
Gossip

Michael Ang Tuju Pada Siapa?-“Kau Ingat Pelakon Tu Semua Anjing Kau, Ikut Tekak Kau!..”

Pengarah, Michael Ang di media sosial meluahkan rasa berang terhadap salah seorang individu yang dikatakan telah menyusahkannya serta para pelakon...

Read more
by Naddy Joe
July 21, 2025
Foto - @daiyantrisha (IG)
Hollywood

[VIDEO] “Takde Batas Ke?”- Daiyan Trisha Dikecam Kerana Trend Ini Dengan Henry Moodie

Kalau kamu nak tahu, sound yang menduduki carta teratas di TikTok adalah "Is This Illegal" daripada Pinkpantheress. Sound yang menjadi...

Read more
by Soph Azz
July 21, 2025
Berita

[VIDEO] Telatah Comel Anak Remy Ishak Ikut Bersenam Di Gim, Buat Netizen ‘Geram’!-“Cepat Belajar Budak Bertuah Ni..”

Gelagat anak kepada pelakon, Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof iaitu Tuah Alam yang menemani bapanya bersenam di gimnasium mencuit...

Read more
by Naddy Joe
July 21, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”

Perkongsian pelakon, Mira Filzah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video yang turut memaparkan gelagat anak lelakinya, Wan Khair Amir....

Read more
by Naddy Joe
July 21, 2025
Berita

Ligamen Alif Satar Koyak Di Zurich Liga 7X7 All Stars 2025 -“Harini Bengkak Kaw-Kaw..”

Penyanyi dan pelakon, Aliff Satar berkongsi detik cemas apabila mengalami kecederaan pada bahagian ligamen dalam satu perlawanan yang berlangsung di...

Read more
by Naddy Joe
July 21, 2025
Lokal

[VIDEO] “It’s not about being perfect…” – Bella Tetap Hadir Konsert Ara Walaupun Ayden Luka Teruk

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen penuh emosi dan pengorbanan sebagai seorang ibu...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 21, 2025
Lokal

[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan

Dalam dunia media sosial yang sering dipenuhi dengan kandungan hiburan semata-mata, satu video yang tular baru-baru ini benar-benar mencuri perhatian...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 21, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”

Izara Aishah Hisham, kelahiran 28 September 1992 di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Malaysia, ialah pelakon dan model terkenal Malaysia...

Read more
by Amirul Fikry
July 21, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Afwa Main Piano Kacau Siti Nurhaliza Ketika Live, Netizen Terhibur

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi, pelakon, dan usahawan terkenal Malaysia, dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah,...

Read more
by Amirul Fikry
July 21, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem