Tuesday, August 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sheila On 7 Antara Yang Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil!

by Naddy Joe
June 5, 2025
Share on Facebook

Kumpulan legenda dari Indonesia, Sheila On 7 secara rasmi akan kembali ke Malaysia untuk sebuah festival antara dua negara Indonesia dan Malaysia, Latihan Pestapora, yang kini dipindahkan ke lokasi baharu – Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai 2025.

Tukar Lokasi Lebih Besar

Susulan sambutan hangat terhadap pengumuman barisan artis Fasa 1 pada bulan Mei lalu, festival ini tingkatkan skala dengan pengumuman barisan Fasa 2 yang menampilkan artis tersohor: Sheila On 7, Nadin Amizah, dan ALVN. Perpindahan ke stadium terbesar di Malaysia ini akan memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk merasai pengalaman festival berskala besar yang tidak dapat dilupakan.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, pasukan asal di sebalik kejayaan festival ikonik Pestapora di Jakarta, edisi Malaysia ini bakal menghidupkan semangat muzik Nusantara dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by Latihan Pestapora Malaysia (@latihanpestapora.my)

Tiket Fasa 2 Mula Dijual 9 Jun 2025

Tiket Fasa 2 akan mula dijual pada 9 Jun 2025, 12pm (GMT+8) di www.latihanpestaporamalaysia.com. Ini susulan penutupan jualan Fasa 1 yang menyaksikan ribuan peminat membeli tiket walaupun sebelum barisan penuh diumumkan.

KATEGORI TIKET FASA 2 BAHARU:

  • Rockzone (Free Standing) – RM299
  • GA (Free Standing) – RM249
  • CAT 1 (Numbered Seat) – RM399 Kategori Baharu

CAT 2 (Numbered Seat) – RM189 Kategori Baharu

Latihan Pestapora Malaysia 2025 turut menampilkan barisan artis Fasa 1 yang hebat, termasuk artis kegemaran dari Indonesia dan Malaysia seperti .Feast, Hindia, Pamungkas, Feel Koplo, Bittersweet, Bunkface, DOLLA dan ramai lagi—menjadikannya pengalaman muzik silang budaya yang sebenar.

Pengembaraan muzik ini turut direalisasikan dengan sokongan daripada rakan-rakan strategik seperti: ERA FM, ERA SARAWAK, ERA SABAH, HITZ FM, SINAR FM, MIX, THR GEGAR dan SYOK (Rakan Radio), World of Buzz dan Lobak Merah (Rakan Media), Batik Air dan BookCabin (Rakan Perjalanan), Sunway Putra Hotel (Rakan Hotel), serta disokong oleh Universal Music Malaysia dan Tapao Fest (Rakan Strategik).

Kecoh Sheila On 7 Di Bukit Jalil, Peminat Meronta – “Ingatkan Hijab Dia Dah Tertutup”
latihan pestapora malaysiaSheila on 7
https://lomp.at/f556i
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem