HONOR secara rasmi melancarkan HONOR MagicBook Pro 14, komputer riba flagship paling canggih dalam barisan produknya, direka khas untuk profesional, pelajar dan pengguna kreatif.
Penanda Aras Baharu
Dengan gabungan prestasi hebat, kecekapan tenaga dan rekaan ringan, model ini menjadi penanda aras baharu dalam dunia pengkomputeran mudah alih bersaiz 14 inci.
Dikuasakan bateri Lithium Polymer 92Wh — terbesar dalam kategori 14 inci — MagicBook Pro 14 menawarkan sehingga 12 jam penggunaan.
Untuk kerja berpanjangan, ia turut menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 100W, membolehkan pengecasan 47% dalam 30 minit sahaja.
Menjamin Kestabilan Dan Kecekapan Optimum

Prestasinya dipacu oleh prosesor Intel® Core™ Ultra 5 225H dengan 14 teras, mampu menangani tugasan berat termasuk permainan AAA, penyuntingan video dan perisian reka bentuk.
Dilengkapi mod prestasi 65W dan sistem penyejukan pintar generasi baharu, ia menjamin kestabilan dan kecekapan optimum.
Ciri eksklusif lain termasuk teknologi HONOR Turbo X — platform AI pintar yang mengoptimumkan prestasi sistem dan memperpanjangkan hayat bateri secara automatik.
Reka Bentuk Elegan

Selain itu, kerjasama dengan Intel dan Microsoft membolehkan penyepaduan perkakasan dan perisian yang lancar.
Walaupun hadir dengan spesifikasi mantap, HONOR MagicBook Pro 14 tetap ringan pada 1.37kg dan senipis 15.9mm. Reka bentuknya elegan dengan warna White serta kemasan electrophoresis mutiara yang premium.
HONOR MagicBook Pro 14 akan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 13 Jun 2025 pada harga RM4,999 dengan spesifikasi 32GB RAM dan 1TB SSD. Pembeli awal turut menerima langganan Microsoft 365 Personal selama setahun dan beg galas HONOR bernilai RM508 secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.