Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

PUBG MOBILE x Attack On Titan Cipta Sejarah, Berjaya Tarik 10,000 Pengunjung!

by Naddy Joe
June 9, 2025
Share on Facebook

Sorakan keterujaan bergema apabila para peminat anime dan pemain permainan video membanjiri Sunway Velocity Mall pada hujung minggu lalu, dari 31 Mei hingga 2 Jun, untuk merasai pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan di reruai kolaborasi PUBG MOBILE x Attack On Titan!

Acara hebat ini yang dilancarkan seiring dengan kemas kini terbaru permainan tersebut telah menarik kehadiran hampir 10,000 pengunjung yang penuh semangat, membuktikan tanpa ragu kuasa luar biasa dan daya tarikan yang tidak dapat disangkal dari dunia gaming di Malaysia!

Pengembaraan epik ini belum berakhir! Peminat digesa untuk mendedikasikan jiwa raga mereka demi kemenangan apabila kolaborasi hebat PUBG MOBILE bersama Attack On Titan kini boleh dimainkan dalam permainan menerusi Kemas Kini Versi 3.8, “Steampunk Frontier”.

Kemas kini berskala besar ini membawa pemain ke dunia penuh aksi dan keterujaan luar biasa, membolehkan mereka merasai:

  • Aksi Attack On Titan yang mendebarkan, menampilkan transformasi Titan yang mengagumkan serta pelbagai ganjaran bertema eksklusif.
  • Menguasai pergerakan hebat dengan Omni-Directional Mobility (ODM) Gear, meluncur di udara dan menumpaskan para Titan demi kemuliaan insan sejagat!.
  • Meneroka Steampunk Frontier yang serba baharu — landskap memukau yang dipenuhi dengan kereta api wap gergasi, stesen utama Aetherholm yang megah, hab kargo yang sibuk, dan belon udara panas yang gah, menjadikan pertempuran udara lebih epik dari sebelumnya!.

Bermula 30 Mei hingga 6 Julai, pemain boleh menyelami dunia Attack On Titan dengan lebih mendalam melalui kehadiran set watak ikonik Eren Yeager, Armin Arlert, Levi, dan Mikasa Ackermann.

Setiap set boleh didapati dalam dua gaya: gaya anime yang penuh warna-warni dan gaya 3D realistik, membolehkan pemain bertukar antara penampilan kartun yang hidup dan rupa yang lebih realistik semasa bertempur di medan perang.

[VIDEO] Hebat! PUBG MOBILE Bekerjasama Dengan MASDO

Kemas Kini PUBG MOBILE Versi 3.8 akan tersedia sehingga 6 Julai! Muat turun permainan dan main secara percuma di App Store dan Google Play Store.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Attack On TitanPUBG Mobile
https://lomp.at/8qf0f
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem