Perkongsian Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah atau Putera Mateen mencuri perhatian peminatnya di laman Instagram selepas berkongsi momennya ketika menyertai perlawanan polo Duke Of Sutherland Cup yang berlangsung di West Sussex, England, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Putera Mateen dilihat turut memuatnaik beberapa foto ‘sweet’ yang memaparkan gelagat Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Binti Adam yang memegang wajah Putera Mateen di padang perlawanan polo tersebut.
“Duke of Sutherland 🏆.”-kapsyen Putera Mateen di Instagram
Peminat Tak ‘Keruan’!
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat momen ‘sweet’ Putera Mateen bersama isterinya. Walaubagaimanapun, ramai yang memuji kecantikan Dayang Anisha yang sangat anggun biarpun tidak mengenakan solekan yang tebal.
“Jaga perasaanku juga 😢😂.”
“Iya lah bang cantiklah isterimu itu.”
“Jangan bikin aku terbakar api cemburu ya!.”
“Congrats Mateen aww so sweet ❤️❤️.”
“Anisha love you, you look so beautiful everytime.”
“Macam akan dengar berita baik bila tengok gambar ni 😍.”
“The most beautiful couple in the world.”
“Tak boleh ada yang ganggu pasangan ini kerana mereka adalah pasangan yang serasi.”
Sekadar info, Putera Mateen dan Dayang Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah di dalam masjid berkubah emas di ibu negara Bandar Seri Begawan pada 11 Januari 2024.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.