Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Panggilan Balik Honda 2025: Model Accord, Civic, City & Jazz Pun Kena! Semak Sekarang

by Phic ARMAN
June 10, 2025
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan balik melibatkan sebanyak 87,490 unit kenderaan bagi menggantikan pam bahan api, sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan pengguna. Jika anda pemilik kereta Honda, berikut ialah senarai model yang perlu diberi perhatian.

Model dengan isu pam bahan api biasa

Masalah utama yang dikenal pasti ialah pam bahan api yang boleh mengembang selepas terendam lama dalam petrol. Ini boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan atau mati secara tiba-tiba semasa memandu.

Model-model yang terlibat:

  • Accord (2013 hingga 2017)
  • BR-V (2017 hingga 2018)
  • City (2014 hingga 2019)
  • City Hybrid (2018 dan 2019)
  • Civic (2017 dan 2018)
  • CR-V (2018 hingga 2020)
  • HR-V (2015 hingga 2018)
  • Jazz (2015 hingga 2020)
  • Jazz Hybrid (2018)
  • Odyssey (2017 hingga 2019)

Jumlah unit terlibat bagi kategori ini ialah 84,073 buah kenderaan.

Model dengan isu pam bahan api bertekanan tinggi

Satu lagi kumpulan model pula menghadapi masalah pada pam bahan api jenis bertekanan tinggi. Komponen ini berisiko untuk retak akibat tekanan berlebihan dan penggunaan jangka panjang, sekali gus boleh menyebabkan kebocoran bahan api atau bau petrol ketika memandu atau ketika enjin hidup dalam keadaan tidak bergerak.

Model-model terlibat:

  • Civic (2023 dan 2024)
  • CR-V (2024)

Jumlah unit terjejas untuk kategori ini ialah 3,417 buah kenderaan.

Apa yang perlu dibuat oleh pemilik

Semua pemilik yang terlibat akan menerima surat pemberitahuan rasmi daripada Honda Malaysia. Surat ini akan mengandungi maklumat lanjut berkaitan panggilan balik serta langkah-langkah seterusnya.

Jika ingin semak status kenderaan anda lebih awal, boleh guna aplikasi Honda Touch untuk mengetahui sama ada ia termasuk dalam senarai terjejas.

[VIDEO] Honda e:N1 Dilancar, Tapi Netizen Persoal Reka Bentuk 'Copy-Paste'?

Honda Malaysia menggalakkan semua pemilik yang terlibat supaya menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat janji temu sebaik sahaja menerima notis. Penggantian pam bahan api ini adalah percuma sepenuhnya, dan semua kos ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok alat ganti akan dibekalkan secara berperingkat.

Jika anda memiliki mana-mana model yang disenaraikan, sebaiknya ambil tindakan segera demi keselamatan diri dan orang tersayang.

Artikel ini dipetik daripada laporan The Edge.

CityCIVICHondahonda malaysiaModel Accord
https://lomp.at/80la7
Share32Tweet20SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
Automotif

[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

by Phic ARMAN
March 25, 2026

Dalam dunia automotif mewah, nama Rolls-Royce memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi kali ini, jenama ikonik itu mencipta satu lagi...

Read moreDetails
Automotif

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

by Phic ARMAN
March 6, 2026

GWM Malaysia hari ini secara rasmi menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada Dato’ Sri...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara