Walaupun sudah bergelar usahawan penternakan secara komersial, penyanyi Datuk Jamal Abdillah tidak henti berkongsi karenah anak-anak kecilnya menerusi akaun TikToknya.
Dan yang terbaru, Raja Pop itu telah memuat naik klip video pendek yang menampilkan empat orang anaknya, Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahil Laura Salsabila Yamani; telah melakukan sesuatu ‘aktiviti’ yang telah mencuit hati netizen.
@jamalabdillah_official dah kena marah . main lagi tempat lembu minum.. sekali sekali daddy dia marah diam terusss …
Berdasarkan video tersebut, keempat-empat anaknya telah bermain di dalam tempat minuman haiwan ternakan Jamal sehingga mereka basah lencun. Disebabkan itu, Jamal telah menegur menggunakan suara yang agak tegas sehinggakan salah seorangnya telah menangis.
“Duduk sana, jangan bangun. Kena tanduk lembu baru tahu. Semua duduk diam-diam. Apalah korang ni”

Melihatkan reaksi mereka ditegur, netizen terhibur dengan gelagat comel Rahil yang menepuk belakang untuk menenangkan abangnya yang telah menangis itu.
“Aku suka yang tepuk-tepuk tu. Simpati betul nampak gayanya. Comel”, komen @zxizxi81.
“Plot twist, yang tukang tepuk tu sebenarnya yang mengajak masuk tempat tu”, komen @downutztello.
“Kenapa aku rasa macam yang tengah tepuk abang dia tu adalah punca dan boss utama dalam permasalahan ini! Nampak sangat beliau tenang dan tengah fikirkan aksi seterusnya”, komen @gizbetmoshu.
“Biasa mandi kat swimming pool. Tu yang berkenan kot kat tempat minum air lembu. Comel je adik tepuk-tepuk abang nak pujuk”, komen @dinno142.
“Yang nangis tu mesti mangsa, yang ajak tu mesti tengah pujuk, yang lain tu mengikut je hehe”, komen @fahaniza_bakri.

Selain daripada keletah Rahil, netizen juga terhibur dan menyamakan suara Jamal yang sedang marah seperti sedang menyanyi kerana terlalu merdu. Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.