Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

by Nurul A.
October 3, 2025
Foto - Utusan Kerjaya

Foto - Utusan Kerjaya

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau ada rakyat Selangor di kalangan pembaca MURAI, artikel ini khas untuk kamu!

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan inisiatif terbaru iaitu BINGKAS Selangor. Untuk pengetahuan semua, BINGKAS Selangor (atau rasminya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) ini adalah sebuah program bantuan kewangan untuk isi rumah yang memerlukan.

Penerima yang layak akan diberikan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM300 dan ia disalurkan melalui e-dompet Selangkah, yang membolehkan penerima menggunakan kredit untuk beli barangan asas di kedai terpilih di seluruh negeri.

Syarat kelayakan BINGKAS Selangor 

Jika kamu  berminat untuk memohon BINGKAS Selangor, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon terlebih dahulu, iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mesti lahir atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Pemohon mesti berdaftar sebagai pemilih di Selangor.
  • Pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tanggungan di bawah usia 18 tahun.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5000 sebulan.

Cara mohon atau semak kelayakan

Pemohon boleh memohon BINGKAS Selangor melalui dua saluran rasmi iaitu:

  1. Portal Rasmi Bingkas Selangor [TEKAN SINI]
  2. Aplikasi Selangkah [Muat Turut: Google Play / App Store]
Youtube video

Kemudian pemohon perlu isi borang permohonan dengan maklumat lengkap dan terdapat beberapa dokumen penting perlu dimuat naik, antaranya:

  • Salinan MyKad
  • Sijil kelahiran anak
  • Slip gaji atau penyata pendapatan
  • Bukti tempat tinggal

Penting: Proses semakan permohonan mengambil masa kira-kira 14 hari bekerja dan status permohonan boleh disemak terus melalui aplikasi atau portal rasmi BINGKAS Selangor.

Barangan boleh dibeli dengan BINGKAS Selangor

Untuk penerima yang layak, kamu boleh menggunakan BINGKAS Selangor sebanyak RM300 untuk membeli pelbagai barangan asas, termasuklah:

  • Bahan makanan asas
  • Keperluan harian
  • Peralatan pendidikan
Topik Berkaitan Alasan Kenapa Bukit Broga Jadi Pilihan Spot Hiking & Sunrise Cantik?

Aplikasi Selangkah boleh digunakan di beberapa kedai terpilih termasuklah 99 Speedmart, Mydin, Econsave, ST Rosyam Mart dan kedai runcit berdaftar di Selangor. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kod QR atau ID digital dalam aplikasi Selangkah.

Makluman untuk semua, permohonan BINGKAS Selangor untuk Oktober 2025 telah ditutup dan akan dibuka semula pada 1 November 2025.

Penerima akan menikmati bantuan ini selama 24 bulan, dan sebelum bantuan tamat, pada bulan ke-22 penerima akan menerima notifikasi untuk mengemaskini maklumat bagi pertimbangan lanjutan atau penamatan bantuan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bingkas 2025bingkas rm300bingkas selangorselangor
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara