Jenama peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini mengumumkan pelancaran ‘My Dear’, koleksi kerjasama UT terbaharu dengan Studio Ghibli, pada 4 Julai.
Malah, satu acara khas juga akan diadakan bagi merilis koleksi ini, yang akan menambahkan warna warni pada musim panas melalui keajaiban Studio Ghibli dan UNIQLO.
Koleksi Istimewa UNIQLO & Studio Ghibli Vol 3
UNIQLO dan Studio Ghibili akan merilis koleksi ketiga UT sebagai sebahagian daripada kolaborasi yang terjalin sejak Februari 2022.
Kesemua 14 rekaan dalam koleksi terbaharu ini, yang mana akan dirilis terlebih dahulu di Eropah, menampilkan seni yang menyatakan karya ikonik Ghibli, bersama-sama dengan karya artis Thailand, Kanyada Phatan, yang mana karyanya untuk kolaborasi sebelum ini telah mendapat pujian ramai. dan produser Studio Ghibli, Toshio.
Gambaran Keseluruhan Koleksi
Bakal dilancarkan pada 7 Julai ini, koleksi STUDIO GHIBLI UT ini menampilkan 11 gaya T-Shirt dan sweatshirt lelaki bermula harga RM59.90 hingga RM129.90, serta T-Shirt kanak-kanak dengan 6 gaya hanya berharga RM39.90 di semua kedai UNIQLO dalam Malaysia dan dalam talian.
Info Kanyada Phatan
Kanyada Phatan merupakan seorang artis dari Thailand. Karyanya ‘From Pak Thong Chai’ disiarkan secara bersiri dalam booklet bulanan Neppu yang diterbitkan oleh Studio Ghibli di Jepun, di mana dia menyumbangkan sebuah foto dan puisi setiap bulan.
Dia adalah pengarang ‘The Tale of Ghibli Museum’ dan pengarang bersama ‘Goro, Where di You Come From, Where Are You Going?’ serta ‘Words of Wisdom I Heard from Ghibli’s Suzuki About Work’ (kedua-duanya diterbitkan di Jepun). Pada tahun 2022, dia menerbitkan ‘KANYADA’, sebuah koleksi fotografi pemandangan indah Pak Thong Chai, Thailand.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kolaborasi UNIQLO bersama STUDIO GHIBLI UT, anda boleh melayari laman web rasmi UNIQLO serta media sosial UNIQLO.
Jangan lepaskan peluang!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.