Pelakon dan usahawan, Fizo Omar memohon doa orang ramai agar proses kelahiran cahaya matanya yang keempat dipermudahkan segala urusan.
Menerusi foto yang dimuatnaik oleh Fizo di Instagram, turut memaparkan keadaan isterinya, Fazeera Nazri Azrai yang sedang menanti detik untuk bersalin cahaya mata mereka di salah sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor.
“Bismillah. Mohon doa dari semua, semoga isteri saya, Fazeera Nazri Azrai selamat bersalin anak yang ke-4 di Andorra Hospital ni. Semoga dipermudahkan urusan kami ya.”-kongsi Fizo di Instagram
Dibanjiri Doa Netizen & Rakan Selebriti
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti dilihat menitipkan doa buat isteri Fizo, malah ramai yang teruja menanti bayi yang bakal dilahirkan oleh Fazeera tidak lama lagi.
“Semoga dipermudahkan urusan bersalin kak Faz.”
“Yeay baby soon.”
“Moga segalanya dipermudahkan dengan jayanya. Aamin.”
“Semoga diipermudahkan urusan isteri abang Fizo.”
“Selamat menyambut baby baru.”
“Semoga Kak Faz selamat bersalin dan baby sihat comel putih gebu.”
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga selamat baby dan ibu. Semoga selamat bersalin.”
Sekadar info, Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan, Mawar Karim iaitu Wan Maryam.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.