Bekas pemain bola sepak, David Beckham nampaknya sedang berseronok dengan kehidupan baharunya selepas bersara daripada sukan profesional itu pada tahun 2013. Dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, David kini berkongsi tentang kehidupan kampungnya yang membuatkan peminat teruja.
Berkongsi di Instagram, David sering memuat naik beberapa gambar dan video mengenai kebun serta haiwan ternakannya.
David dan keluarganya tinggal di kawasan Costwolds, iaitu sebuah kawasan berbukit yang indah dengan unsur tradisional Inggeris.
Kediamannya bukan sekadar rumah tetapi juga sebuah ladang persendirian yang lengkap dengan tasik, kebun sayur, reban ayam, padang bola, sauna, kolam renang hingga khemah barbeku.
Walaupun isterinya tidak minat berkebun, David mengatakan dia sangat menikmati masanya di kebun. Dia juga mempunyai koloni lebahnya sendiri.
Seronok rasanya lihat kehidupan terkini David Beckham. Tenang dan jauh daripada kesibukan bandar, kehidupan idaman para pesara!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.