Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi rasa teruja apabila dapat bertemu dengan bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Che Puan Sarimah Ibrahim yang turut bersama suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar serta puteri sulung mereka, Yang Mulia Tunku Sofia Najihah dilihat sempat berbual mesra bersama David Beckham selain memuji sikap pemain lagenda bola sepak tersebut yang sangat merendah diri dan peramah.
“Bersama lagenda David Beckham untuk Official Opening of The Londoner for Tatler Hong Kong.
Kami sempat berbual dengan dia sebelum Acara Gala dan dia sangat merendah diri dan peramah.”-kongsi Che Puan Sarimah Ibrahim di Instagram
“Wahh Dapat Jumpa The Legend..”
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen meluahkan rasa teruja melihat pelakon jelita ini berpeluang bertemu dengan David Beckham, malah ada yang sempat berseloroh mahu Sarimah menyampaikan salam mereka kepada bekas pemain bola sepak terkenal itu.
“Congratulations Sir David Beckhammmmmm🔥🔥.”-Alif Satar
“❤️❤️😍😍.”-Tiz Zaqyah
“OMGGGGGG DAVID BECKHAMMM 😭😭😭.”-Ubai Hani
“Oh my god your guys are so lucky!.”
“Wah dapat jumpa The Legend David Beckham.”
“Fine, i is cemburu.”
“Nampak tak, lelaki kalau dia jumpa idola dia senyum sampai naik ke telinga eh. Cuba Che Puan cek pic lama ada tak suami senyum sampai naik telinga macam tu 😂.”
“Mesti Tunku Sofia tak kenal kan? 😂.”
“Dari muda sampai tua, kacak sentiasa.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.