Nama penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel, kembali menjadi sebutan hangat hari ini selepas beliau hadir ke Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan serius melibatkan kesalahan amang seksual terhadap seorang remaja bawah umur.
Namun, dalam kekalutan dan spekulasi yang berlegar di media sosial, satu perkara yang jelas. Peminat setia Naim masih tetap teguh memberikan sokongan dan percaya bahawa idola mereka tidak bersalah.
Dituduh Lakukan Amang Seksual, Naim Mengaku Tidak Bersalah
Naim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Putrajaya.
Mengikut pertuduhan, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan Naim diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan supaya beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah. Kes akan disebut semula pada 18 Ogos depan.
Peminat Tidak Goyah, Terus Tunjuk Sokongan
Walaupun berita pertuduhan ini mengejutkan ramai pihak, peminat setia Naim Daniel tetap menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi. Di ruangan komen media sosial, ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat dan doa agar Naim tabah menghadapi ujian ini.
“Kami kenal siapa Naim Daniel. Seorang yang sentiasa bercakap soal nilai dan agama. Kami percaya kebenaran akan terbukti,”
“Ramai lagi kawan artis perempuan takde pulak kes dia buat pelik-pelik”
Malah, ada juga yang menyeru agar masyarakat tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan dakwaan yang belum dibuktikan di mahkamah.
Naim Tenang Dan Hormati Proses Undang-Undang
Dalam menerima sokongan moral, Naim Daniel mengajak netizen untuk menghormati proses perundangan dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan integriti kes.
Perbicaraan masih berjalan dan keputusan belum diputuskan. Peminat berharap agar masyarakat tidak menjatuhkan hukuman awam melalui media sosial semata-mata.
“Inilah masanya untuk kita semua bertenang dan biar undang-undang yang tentukan. Sokongan moral lebih penting dari kata-kata kecaman,”
“Tengok cara dia jawab pun tau dia tak takut”
“Jawab pun tenang dan tak melenting, fight for you bro”
“Bagus Naim ni profesional, tak lari or diam”
“Tengok dia macam tak bersalah je, cara handle case pun like pro”
Walaupun dituduh melakukan kesalahan berat, Naim Daniel menerima satu bentuk sokongan luar biasa daripada peminat yang masih percaya padanya. Dalam dunia hiburan yang pantas berubah dan dipenuhi persepsi, kehadiran peminat yang setia dan rasional mampu menjadi tiang sokongan buat seseorang artis menghadapi badai paling gelap dalam hidup mereka.
Kini, semua mata tertumpu pada proses perundangan. Sama ada bersalah atau tidak, keadilan harus berjalan. Namun satu yang pasti, peminat Naim masih percaya,dan setia masih berdiri di belakang idola mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.