Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang disuruh untuk memasak di dapur.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dan TikTok, Che Ta sempat bertanyakan bahan-bahan yang dikupas oleh Aaisyah seperti halia, lengkuas dan bawang besar.
“Aasyah potong apa tu? Hang nak masak rendang ke apa? Best tak cuti sekolah? kat dapur ni hang tunggu sat, mummy nak hang hafal semua ni, semua kelengkapan-kelengkapan kat dapur ni dengan segala ubi mengala ni, mummy nak hang potong.”-kata Che Ta kepada Aaisyah
@rozitachewan1 Nasib lah ! Sapa suh cuti sekolah 🤗 . #kaftancheta #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan
“Masak Pun Cantik…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat ‘leteran’ Che Ta kepada Aaisyah, malah ramai yang memuji sikap pelakon ini mendidik anaknya itu masuk ke dapur sejak usia muda.
“Lama tak dengar orang panggil ubi mengala , ni kalau bagitau anak pi beli ubi mengala jenuh tak paham tu 😂. Terbaiklah Che Ta anak walaupun diva tapi kenal barang-barang dapur.”
“Masak pun cantik 😍😍.”
“Agak-agaknya anak retis lain umur macam Aisyah ni tau dak duduk dapur, kupas segala bawang lengkuas tu semua. Yang penting Aaisyah duduk dapur tetap lawa 😍😍.”
“Tahun depan boleh masak laksa dah kot Aaisyah! 😂.”
“Ecah kena pandai masak tau, cukup pakej.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.