Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Kisah Tragis Anak Yoko Ono- Diculik Bapa Kandung Hingga Sertai Ajaran Sesat

by Soph Azz
June 18, 2025
Foto - SCMP

Foto - SCMP

Share on Facebook

Tiada siapa tahu, di sebalik nama besar penyanyi John Lennon dan Yoko Ono, ada sebuah kisah tragis yang melibatkan anak perempuan Yoko iaitu Kyoko Ono.  Jika kamu nak tahu, semasa anak perempuan Yoko masih kecil, dia telah dibawa lari dan mereka bertemu semula ketika Kyoko berusia 30 tahun.

Semuanya bermula ketika Kyoko berusia 7 tahun. Ketika itu bapa kandungnya, Anthony Cox telah menculiknya kerana tidak dapat menerima keputusan hak penjagaan Kyoko daripada mahkamah.

Foto – SCMP

Ketika Kyoko diculik dan dibawa lari oleh Anthony, Yoko dan John segera berpindah ke New York untuk mencari anak perempuannya. Tetapi pencarian mereka tidak mudah kerana tanpa media sosial dan petunjuk, usaha mereka seperti sia-sia.

“Apabila orang mendengar cerita saya, mereka tidak daham bagaimana keadaan sebelum adanya Facebook. Ibu saya dan John melakukan banyak perkara untuk menarik perhatian saya”, kongsi Kyoko.

Foto – IMDb

Anthony yang berkahwin semula dengan Melinda Kendall pada masa itu, telah melarikan Kyoko dari Sepanyol hingga ke Amerika Syarikat, daripada satu komuniti agama ke yang lain. Apabila Yoko dan John berjaya menjejaki Kyoko, Anthony ditangkap kerana menculik anak mereka sendiri.

Kes ini kemudiannya dibawa ke mahkamah dan Kyoko yang kecil ketika itu terpaksa memilih dengan siapa dia mahu tinggal bersama dan dia memilih bapanya. Anthony membawa Kyoko kembali ke Amerika dan mula bersembunyi daripada undang-undang.

Foto – People

Mereka tinggal dalam pelbagai komuniti agama termasuklah The Living Word Fellowship iaitu sebuah ajaran sesat yang dibubarkan kerana skandal penderaan seksual. Selepas dia menjadi dewasa dan berkahwin, barulah Kyoko menghubungi ibunya semula.

Mahu memperbaiki hubungan yang telah lama, Kyoko yang ketika itu berusia 30 tahun mula meluangkan masa bersama dengan Yoko. Kini Kyoko tinggal dengan tenang jauh dari tumpuan. Dia mempunyai dua anak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

anthony coxjohn lennonkyoko onomelinda kendallyoko ono
https://lomp.at/y3ab6
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem