Tuesday, October 7, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Tapi Kalau Takde Orang Datang Aunty Jaa Sedih, Datang La…” – Suka Dessert Beri Hampir 10K Croissant Percuma Jumaat Ini

by Arsiqin Yusof
June 19, 2025
605
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan jenama pencuci mulut terkenal di Malaysia, ‘Suka Dessert‘ yang kerap tular dengan pelbagai menu baru. Sebagai peminat coklat sudah pasti menjadi keinginan untuk pergi ke kafe ini walaupun sekali seumur hidup. Kini, Suka Dessert telah berkembang membuka sebuah lagi cawangan kedai coklat yang diberi nama Hi! Rabbit. Namun, tular baru-baru ini mengenai pengesahan sijil Halal bagi gerai tersebut.

Pengasas Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali, 38 atau lebih mesra dikenali sebagai Auntie Ja tampil membuat permohonan maaf di atas kekhilafannya dalam menjalankan perniagaan.

“Kesilapan dari Auntie Ja sendiri adalah melaburkan modal syarikat pada machines, kursus pembelajaran staff, renovation kedai baru dan Rnd tetapi Auntie Ja tidak mengutamakan permohonan sijil Halal dari Jakim. Auntie Ja cakna perkara ini dan akan segera meneliti dan mengusahakan untuk membuat permohonan Halal dari Jakim,” jelas Auntie Ja di laman media sosialnya.

Kerugian Cecah Lebih Dari RM100K!

Dalam mengatasi kemelut masalah ini, Suka Dessert bertindak untuk memberikan secara percuma kesemua bekalan Croissant yang ada kepada pelanggan dan peminat Suka Dessert. Aunty Jaa mengalu-alukan kehadiran semua yang masih percaya bahawa pastri tersebut Halal. Beliau tidak memaksa semua peminatnya untuk percaya tetapi jika yakin dan percaya dengannya, beliau memohon untuk teruskan memberi sokongan terhadap Suka Dessert dan HI! Rabbit.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/video6242249629136592792.mp4

Belajar Dari Kesilapan

Demi menjaga nama baik kedua-dua belah pihak, Aunty Jaa bertindak untuk menghentikan pengambilan stok pastri serta-merta dari Enchante Patisserie. Kini, lebih daripada 9K Croissant bakal diberikan secara percuma Jumaat ini di Cafe Suka Dessert.

[VIDEO] 3 Kali Khatam Al-Quran Dalam Tren KL ke Hatyai, Menteri Luah Rasa Syukur

halaljakimsuka dessert
https://lomp.at/43bdl
Share242Tweet151SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  2. 2

    [VIDEO] Cik B Turun 15 Kg Dalam Masa 2 Bulan, Amalkan Diet Yang Sihat

  3. 3

    [VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

  4. 4

    Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

  5. 5

    Masih Ingat Pada ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Ini Rupa Terkininya Selepas 27 Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem