Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

[VIDEO] 3 Kali Khatam Al-Quran Dalam Tren KL ke Hatyai, Menteri Luah Rasa Syukur

by Phic ARMAN
August 4, 2025
Share on Facebook

Tak semua perjalanan naik tren itu bosan. Kadang, ia boleh jadi misi dakwah yang bukan biasa-biasa. Macam apa yang berlaku baru-baru ini, bila 100 duta Al-Quran terdiri daripada pelajar Darul Quran dan pegawai agensi agama bergerak naik tren dari KL ke Hatyai, sambil… khatam al-Quran tiga kali. Yes, 3 kali!

Perjalanan sejauh 500km tu bukan setakat tengok pemandangan luar tingkap, makan kudapan dan lelap mata. Tapi mereka isi masa dengan tilawah dan tadabbur sepanjang laluan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, dan terus ke Hatyai.

Bukan Tunggu Surau Baru Nak Baca Quran

Program ni digerakkan bawah tema yang sangat kena dengan situasi sekarang – “Al-Quran Di Mana-Mana”. Simple, tapi deep.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang turut sambut ketibaan rombongan ni pun nampak sangat terharu dengan usaha ni.

“Di mana-mana saja boleh baca al-Quran. Tak semestinya kena tunggu dalam surau, atau tunggu program tilawah. Dalam tren pun boleh khatam al-Quran,” katanya.

Di laman media sosial peribadinya di TikTok, Dr Na’im share momen ketibaan rombongan ni sambil tulis:

“Saya cukup terharu… melihat bagaimana ayat-ayat suci al-Quran tidak hanya dibaca, tapi dihayati, disampaikan, dan dihidupkan semula di tengah denyut nadi masyarakat.”

Program ini mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan pelbagai pihak. Ada banyak pihak yang bagi sokongan padu antaranya JAKIM, KTMB, DRB-HICOM, TNB, Bank Islam dan beberapa lagi yang jadi ‘pemandu belakang tabir’ untuk jayakan misi ini. Respek!

Topik Berkaitan Drama KTM Komuter Lagi! Penumpang Kecewa, 2 Jam Setengah Dari KL Sentral ke Bukit Badak

Apa yang lebih menyentuh hati, rakaman suasana dalam tren pun sempat tular di TikTok dan media sosial. Kita boleh lihat pelajar-pelajar Darul Quran khusyuk membaca al-Quran bersama-sama, satu gerabak penuh dengan lantunan ayat suci yang mendamaikan jiwa.

Tiada bunyi bising, tiada drama, cuma suara-suara tenang yang menyampaikan kalam Tuhan. Dalam gerabak itu, terasa macam masjid bergerak.

@dsdrnaim

Alhamdulillah, petang semalam saya menyambut ketibaan 100 duta al-Quran para pelajar Darul Quran dan pegawai agensi agama yang baru sahaja menamatkan misi dakwah Al-Quran Di Mana-Mana: Tilawah dan Tadabbur dari KL ke Hatyai. Saya cukup terharu… Melihat bagaimana ayat-ayat suci al-Quran tidak hanya dibaca, tapi dihayati, disampaikan, dan dihidupkan semula di tengah denyut nadi masyarakat. Inilah wajah dakwah masa kini menyapa, menyentuh dan menginsafkan. Perjalanan ini bukan biasa-biasa. Ia adalah perjalanan rohani, dari satu hati ke hati yang lain, dengan bekalan wahyu Ilahi. Saya rakamkan jutaan terima kasih kepada JAKIM, KTMB, DRB-HICOM, TNB, Bank Islam, dan semua sahabat strategik. Kalian telah menjayakan satu gelombang baru dakwah yang menyentuh jiwa rakyat. Membangun Ummah MADANI bermula dengan al-Quran yang hidup dalam hati umat. ILMU | INTEGRITI | ITQAN | IKHLAS | ISTIQAMAH #MenteriAgama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja #RancakkanMadani #KalimahTayyibah #KerajaanMadani #PelanAlFalah #AlFalah

♬ Arabian Exotic Action Cinematic Music – Corporate Motivation Uplifting Ambient Tech Cinematic Music

Dakwah Zaman Sekarang – Bergerak, Berjiwa & Bermakna

Inilah dakwah gaya 2025. Tak terhad dalam majlis rasmi, tak tunggu pakai jubah dan mikrofon, tapi boleh berlaku dalam apa jua suasana. Nak naik tren? Boleh. Nak tunggu LRT pun boleh. Yang penting , niat nak dekat dengan al-Quran itu hidup.

Dan paling best, ia bukan hanya pasal mereka 100 orang tu. Tapi mesej besar yang mereka bawa tu, mahuajak masyarakat tengok al-Quran sebagai kawan hidup, bukan hanya bila sedih atau masa Ramadan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Dr Mohd Na’im MokhtarDRB-HICOMjakimKTMBTNB
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara