Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

[VIDEO] Ramai Tak Tahu, Ini Antara 7 Lata Di Malaysia Yang Boleh Dilawati Dalam Masa 1 Hari Sahaja!

by Arsiqin Yusof
June 23, 2025
Share on Facebook

Bila sebut pasal air terjun, ramai akan terbayang tempat yang jauh di pedalaman atau perlu bermalam untuk sampai. Tapi sebenarnya, negeri Perak menyimpan banyak permata tersembunyi berupa lata-lata cantik yang boleh anda lawati dalam masa satu hari sahaja!

Berdasarkan perkongsian pengalaman seorang pendaki muda, Mastura Shaari di akaun TikToknya. 7 lata boleh dilawati dalam masa satu hari sahaja.

@masturahshaari__

7 lata selama perak in one dayy✅ #fyp #fypシ #perak #selama #hiking #7lataselama

♬ original sound – Masturah Shaari – Masturah Shaari

“Masa yang diambil adalah sekitar 8 jam untuk pergi kesemua tempat. Saya ambil masa untuk berkelah dan bergambar, jadi jika orang lain mungkin boleh ambil masa yang lebih singkat.” Kongsi Masturah.

Apa itu 7 Lata Selama?

“7 Lata” merujuk kepada 7 air terjun yang terletak di sekitar kawasan Selama, Perak. Setiap air terjun ini mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai untuk aktiviti seperti berkelah, mandi-manda, jungle trekking, camping, dan sukan lasak seperti ATV dan tubing.

Lata Buluh: Terletak di Kg Sungai Simpul, terkenal dengan tebing batu dan suasana hutan buluh.

Lata Puteh: Air terjun tinggi seperti tirai air, perlu trekking sedikit.

Lata Rambong: Di Telok Mas, sesuai untuk aktiviti lasak dan arus sungai yang mencabar.

Lata Titi Dua: Boleh dilihat dari tepi jalan di Jalan Sumpitan, tetapi kawasan ini tidak dibuka kepada umum.

Lata Damak: Terletak di Sungai Bayor, kawasan tenang dikelilingi hutan.

Lata Panggung: Lokasi damai, sesuai untuk keluarga dan rileks bawah pokok redup.

Lata Tebing Tinggi: Paling popular, mudah diakses dan sesuai untuk keluarga. Ada chalet dan kemudahan asas.

Kenapa Patut Pergi?

Sudah pasti kerana keindahan alam semula jadi yang tidak mudah didapati. Sesuai untuk pencinta alam dan pencari ketenangan. Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan di sekitar 7 lata ini seperti trekking, mandi, berkelah, ATV dan berkhemah.

@masturahshaari__

7 lata di selama perak yang wajib pi!! 🥹 #CapCut #fyp #fypシ #perak #selama #hiking #7lataselama

♬ suara asli – ari murdaniati – ari murdaniati

Tips Untuk Hikers!

Waktu terbaik untuk lawati setiap lata ini adalah pada musim hujan atau selepas hujan kerana air akan menjadi lebih banyak dan cantik. Kemudahan di Lata Tebing Tinggi mempunyai tandas dan pondok, manakala air terjun lain lebih “natural”.  Jika anda bercadang untuk menginap di Perak, terdapat chalet, homestay dan tapak perkhemahan sekitar Selama & Ijok.

Setiap lata ada keindahan yang tersendiri dan ia wajib dinikmati oleh pecinta alam. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti mandi-manda, berkelah dan bergambar.

Bayangkan dalam masa satu hari sahaja, 7 air terjun boleh dilihat! Ini pasti menjadikan pengalaman anda sangat bermakna, manarik dan penuh cabaran. Sacara tak langsung boleh menjimatkan masa dan minyak!

7 Lata Selama adalah permata tersembunyi Perak, sesuai untuk yang nak lari dari kesibukan bandar dan nikmati keindahan alam semula jadi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

7 latahikersperak
https://lomp.at/ckd7v
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem