Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Ditawarkan Menjadi Pengawal Peribadi Presiden AS, Ini Jawapan Jet Li

by Soph Azz
June 19, 2025
Foto - Kottke

Foto - Kottke

Share on Facebook

Pelakon China, Jet Li pernah menerima tawaran yang mengejutkan daripada salah seorang presiden Amerika Syarikat (AS) ketika dia masih muda. Bintang filem ‘Once Upon A Time’ itu mendedahkan dia pernah diminta menjadi pengawal peribadi Presiden AS dan jawapannya yang tidak dijangka itu telah mengejutkan ramai.

Kisah tersebut bermula ketika Jet Li berusia 11 tahun dan ketika itu dia melawat Amerika Syarikat sebagai ahli Pasukan Wushu Kebangsaan China. Untuk pengetahuan kamu, peluang menyertai pasukan ini adalah jarang-jarang berlaku untuk kanak-kanak seusia dengannya memandangkan terdapat lebih kurang 20 juta orang berlatih wushu di China.

Foto – Reddit

Semasa lawatan itu, Jet Li dan pasukannya telah membuat persembahan dan menunjukkan aksi wushu mereka di Padang Selatan White House, betul-betul di hadapan Presiden Richard Nixon. Persembahan wushu Jet Li telah berjaya menarik perhatian presiden.

Foto – X

Selepas persembahan, Jet Li yang berdiri sebelah Setiausaha Negara, Henry Kissinger; diperkenalkan kepada Presiden Richard secara langsung sambil menyatakan kekagumannya terhadap kemahiran seni mempertahankan diri Jet Li.

“Kung Fu awak sangat hebat! Bagaimana kalau awak jadi bodyguard saya bila awak besar nanti?”

YouTube video

Tanpa berlengah, Jet Li memberikan jawapan yang sangat mengejutkan orang ramai yang hadir. Kenyataannya telah menyenyapkan suasana sehingga Henry bergurau dan membalas dengan mengatakan Jet Li bercakap seperti seorang diplomat.

“Tidak, saya tidak mahu melindungi mana-mana individu. Apabila saya dewasa, saya mahu membela satu bilion warga China”, jawab Jet Li.

Foto – Prime Video

Kisah ini menjadi sebuah kisah yang paling menarik dari zaman kanak-kanak Jet Li, yang mencerminkan sikap teguh dan nasionalisme sejak kecil. Walaupun dia bertubuh genit pada ketinggian 166cm, kelincahan dan kekuatan Jet Li dalam industri menjadikannya seorang yang disegani di seluruh dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

henry kissingerjet lirichard nixonwhite house
https://lomp.at/5rnld
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem