Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Baru 4 Bulan Kahwin Tapi Dah Tiada Persefahaman-Isteri Fikry Ibrahim Senyap-Senyap Fail Cerai, Suami Didakwa Tak Tahu

by Puteri Alia
June 19, 2025
Share on Facebook

Selepas hangat diperkatakan mengenai perkahwinan yang dikatakan sedang bergolak, tumpuan kini terarah kepada akaun Instagram milik pelakon Fikry Ibrahim. Netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan selepas tersebar berita mengenai kehadiran isterinya, Khalizah Alihan, ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi, dipercayai untuk sebutan kes perceraian.

Muncul dengan pakaian serba hitam sekitar jam 9.40 pagi, penampilan Khalizah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang tidak menyangka rumah tangga pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Februari lalu kini berdepan ujian besar. Apa yang lebih mengelirukan, Fikry baru-baru ini memuat naik foto mesra bersama Khalizah, dipercayai diambil ketika mereka sedang bercuti, sekali gus mencetuskan kekeliruan tentang status sebenar hubungan mereka.

Netizen tidak mengambil masa lama untuk menyerbu Instagram Fikry bagi mendapatkan pencerahan. Rata-rata tampil dengan komen berbentuk pertanyaan, ada yang datang dari Facebook semata-mata untuk mengetahui kebenaran cerita, manakala sebahagian lagi berharap agar pasangan itu menemui jalan terbaik. “Saya datang dari Facebook, apa kes? Nampak gembira saja,” tulis seorang netizen. “Abang, saya datang untuk kepastian. Betul ke berita perceraian?” tanya yang lain.

Fikry, atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, bagaimanapun masih berdiam diri. Usaha pihak media untuk mendapatkan pengesahan terus daripadanya gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab dan mesej WhatsApp dibiarkan tanpa balasan.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib, mengesahkan bahawa hari ini merupakan tarikh sebutan kes perceraian antara anak guamnya dan Fikry. Menurutnya, permohonan cerai telah difailkan pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman antara pasangan itu. Namun begitu, beliau turut menjelaskan bahawa Khalizah masih terbuka untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan damai dengan suaminya, sekali gus menandakan bahawa belum ada noktah muktamad dalam kemelut rumah tangga mereka.

Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Fikry Ibrahim Tuntut Cerai Hari Ini?

Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis ringkas di sebuah masjid di Jitra, Kedah. Perkahwinan yang pada awalnya dipenuhi dengan doa dan harapan kini menyusul dengan persoalan, sejauh mana pasangan ini mampu bertahan di sebalik ujian yang datang hanya beberapa bulan selepas bergelar suami isteri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

fikry ibrahim
https://lomp.at/tcs9m
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem