Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.
“Pilihlah Aku Jadi Pacar Mu, Yang Pasti Setia Menemanimu”- Bella Astillah
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bellasyedsaddiq_1 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 125 ribu, tanda suka sebanyak 4,634 dan sebanyak 151 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Bella Astillah yang mengusik mengenai kisah percintaan Syed Saddiq sebelum ini menerusi lagu yang dinyanyinya iaitu ‘Pilihlah Aku’.
@bellasyedsaddiq_1 Nakal ea bella usik yb ❤️❤️blushing yb kita ❤️❤️tapi hidup yb lebih ceria bila bersama bella ❤️ @Syed Saddiq @Bella Astillah #bellaastillah #syedsaddiq #fyp #BASS #reposted #tiktokviral #fyp %
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syed Saddiq terus terdiam dan terkaku apabila mengetahui lirik sebenar maksud lagu tersebut. Tambah mereka lagi, seronok melihat telatah Bella Astillah yang mengusik Syed Saddiq kerana kelihatan mereka bertambah mesra sebagai sepasang kekasih.
Mereka juga mengatakan bahawa tidak sabar untuk melihat hubungan Syed Saddiq dan Bella Astillah itu berakhir di jinjang pelamin kerana pasti ramai yang akan menaja perkahwinan tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.