Tuesday, October 7, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isteri Fikry Ibrahim Kongsi Foto Berpegangan Tangan, Netizen Titip Nasihat-“Selesaikan Dengan Cara Elok..”

by Naddy Joe
June 20, 2025
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama pelakon, Fikry Ibrahim baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas isterinya, Siti Khalizah Alihan didakwa memfailkan penceraian terhadap Fikry di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat bulan bergelar pasangan suami isteri.

Terkini, Isteri menerusi hantaran di TikTok, dilihat memuatnaik satu foto yang memaparkan dia dan Fikry sedang erat berpegangan selain menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan kebahagiaan mereka.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.”-kapsyen Khaliza di TikTok

Netizen Titip Nasihat

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan nasihat mengenai asam garam rumah tangga kepada Khaliza, malah ramai yang meminta agar mereka berdua sabar dalam menempuhi ujian rumahtangga.

“Baru 4 bulan dik 😅 tak boleh expect nak perfect je. Hakak ni dah 19 tahun kahwin dik, sampai sekarang aku tak paham lagi pasal laki aku 😂.”

“Jangan gaduh-gaduh please, apa-apa bincang dulu, selesaikan dengan cara yang elok.”

“Dalam perkahwinan kita akan tempuh banyak fasa suka dan duka. Sama ada kita gagal atau kita cuba perbaiki hubungan antara satus ama lain. Jangan cepat mengalah dan semoga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia buat selama-lamanya.”

“Sabar banyak-banyak ya sis dan suami. Usia 30 tahun perkahwinan pun belum tentu ada persefahaman. Bila kita lihat pasangan-pasangan yang kekal lama. Percayalah dah beribu kali mereka memaafkan pasangan mereka atas pelbagai kesalahan. Selagi tak memudaratkan diri dan agama. Sabarlah, itu lah ujian sebagai isteri.”

“Dalam fasa 2 tahun kahwin pun diuji dengan tak sefahaman. Masih banyak benda kena belajar.”

Sekadar info, Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

“Fikry Tak Muncul, Tapi Tuduh Isteri Nak Tarik Balik Cerai” – Peguam Bongkar Kisah Sebenar
fikry ibrahimsiti khalizah alihan
https://lomp.at/0rn0w
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  2. 2

    [VIDEO] Cik B Turun 15 Kg Dalam Masa 2 Bulan, Amalkan Diet Yang Sihat

  3. 3

    [VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

  4. 4

    Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

  5. 5

    BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem