Umum mengetahui isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Selasa di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.
Terkini, Fizo Omar menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan gelagat anak-anaknya Wan Khaleeda dan Wan Umaira yang teruja untuk bertemu adik lelaki mereka. Tambah Fizo, puteri sulungnya, Wan Maryam masih berada di sekolah pada ketika itu.
“Syukur Alhamdulillah kakak-kakak excited nak jumpa adik boy. Kak Long Yam masih kat sekolah lagi time ni, kalau tak dia yang paling excited.
Kami doakan yang sedang berjuang for TTC untuk dikurniakan zuriat. Semoga Allah permudahkan perjalanan kalian Aamin.”-kongsi Fizo di TikTok
@iamfizoomar Syukur Alhamdulillah kakak2 excited nak jumpa adik boy. Kakak Long Yam masih kat school lagi time ni kalau tak dia yg paling excited. Kami doakan yg sedang berjuang for TTC utk dikurniakan zuriat. Semoga Allah permudahkan perjalanan kalian Amin 🙏🏻
“Ada Geng Dah Fizo…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan doa buat Fizo dan Fazeera di atas kelahiran bayi lelaki dalam keluarga mereka, malah ada yang sempat berseloroh aktor ini pasti menjadi individu yang paling teruja kerana mempunyai ‘geng’.
“Papa dia tersangat suka sebab dah ada geng boy. Sweet family.”
“Alhamdulillah tekaan saya betul baby boy. Semoga sihat ibu dan baby. Semoga berbahagia selalu aamin.”
“Ada geng dah Fizo. Tahniah Fizo dan isteri ye.”
“Tahniah Kak Long Yam dapata dik.”
“Gerenti berebut nak jaga hero ni kan. Paling excited ni kak yam tu. Mesti tak sabar dia nak tengok adik baru.”
“Anak dia comel-comel sebab Faz lawa abe Joe handsome.”
Sekadar info, Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan, Mawar Karim iaitu Wan Maryam.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.