Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Noh Salleh Pesan- “Lepas Kerja Jom Lepak”. Tapi Apa Kaitan Dengan Reno14?

by Phic ARMAN
June 20, 2025
Share on Facebook

OPPO Malaysia sekali lagi tampil dengan sesuatu yang segar, pelancaran Reno14 Series yang akan berlangsung secara rasmi pada 1 Julai 2025. Kali ini, mereka bawakan tiga model menarik: Reno14 Pro, Reno14 dan Reno14 F. Rekaan moden, ciri AI yang lebih pintar dan teknologi kamera yang dinaik taraf, semua ada dalam siri baharu ini.

Salah satu tarikan utama ialah rekaan Iridescent Mermaid yang unik. Warna yang boleh berubah mengikut cahaya, diinspirasikan daripada aliran dan kebebasan, menjadikan peranti ini bukan sekadar alat komunikasi, tapi juga aksesori gaya hidup.

Bagi mereka yang suka merakam suasana malam, OPPO Reno14 tampil dengan AI Flash Photography. Teknologi ini membolehkan gambar dalam suasana gelap kelihatan lebih jelas, dengan pencahayaan yang lebih semula jadi.

OOO Music Festival: Gandingan Muzik dan Teknologi

Sebagai sambutan kepada pelancaran ini, OPPO Malaysia akan menganjurkan OOO Music Festival dengan kerjasama Warner Music Malaysia. Festival ini bukan sekadar tempat pelancaran produk, tapi satu acara yang menggabungkan teknologi, kreativiti dan muzik secara langsung.

Antara barisan artis tempatan yang bakal membuat persembahan termasuk Noh Salleh, Masdo, Steady Gang, Priscilla Abby, dan Iman Troye, menjadikan festival ini sebagai satu acara yang wajib hadir untuk peminat muzik tempatan.

Apa yang buat ramai teruja? Noh Salleh antara barisan artis yang bakal buat persembahan. Ya, Noh bukan sekadar nama — dia ikon muzik alternatif tempatan. Dan ini kata-kata Noh sendiri untuk peminat:

“Korang jangan lupa untuk datang ke OOO Music Fest pada 1 Julai ni.

kat Heritage Valley. Kita hilangkan duka dan lara stress kat tempat kerja, luahkan semuanya kat festival ni.”

via Instagram Noh Salleh

Suasana dijangka penuh vibe santai dan bebas — sesuai dengan semangat OPPO Reno14 yang tampil dengan rekaan Iridescent Mermaid yang berubah warna, diinspirasikan daripada aliran dan kebebasan. Dalam erti kata lain, bukan sekadar telefon pintar, tapi peranti yang melambangkan gaya hidup.

Kugiran Masdo Raikan 10 Tahun Dalam Industri Muzik Dengan Konsert Besar-Besaran!

Selain persembahan muzik, pengunjung festival juga berpeluang untuk mencuba sendiri peranti Reno14 di zon pengalaman produk, melihat bagaimana teknologi dan gaya boleh bergabung dalam satu peranti.

Tambahan menarik, bagi setiap pembelian RM200 ke atas untuk OPPO Reno14 Series atau produk terpilih di festival ini, pembeli akan menerima rebat segera sebanyak RM50, yang boleh digunakan bersama dengan promosi pra-tempahan sedia ada.

Tempah Awal, Dapat Lebih

Bermula sekarang hingga 30 Jun, pelanggan boleh membuat pra-tempahan OPPO Reno14 Series dan menikmati:

  • Rebat segera sehingga RM200
  • Hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,396

Untuk maklumat lanjut, layari: www.oppo.com/my

Reno14 Series bukan sekadar telefon,  ia pengalaman penuh gaya, teknologi dan hiburan dalam satu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Iridescent MermaidMasdoNoh SallehOOO Music Festivaloppo malaysiaPriscilla AbbyReno14Reno14 ProReno14 SeriesSteady Gang
https://lomp.at/ew0l0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem