Sebelum ini penyanyi dan penyampai radio, Mawi, ada mengumumkan akan menganjurkan konsert solonya iaitu “Konsert Tsumawi 20 Tahun Mawi World Live In Kuala Lumpur” yang akan diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur, pada 25 Januari 2025.
Ditunda Ke Julai Disebabkan Banjir

Bagaimanapun, konsert itu terpaksa ditunda ke Julai susulan situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia awal tahun ini.
Konsert Tsumawi sepatutnya menjadi acara istimewa sempena dua dekad pembabitan Mawi dalam industri seni.
Dalam konsert tersebut, Mawi dijangka membawakan lebih 20 lagu termasuk lagu-lagu popularnya sewaktu di Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Terbaru, memetik dari Gempak Mawi dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai status terkini Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur.
Serah Kepada Pihak Penganjur

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, sebarang pengumuman rasmi mengenai konsert tersebut perlu dibuat oleh pihak penganjur, Showtag Asia.
Saya tak boleh beri kenyataan lanjut.
Setakat ini, belum ada apa-apa berita terkini.
Pihak penganjur lebih sesuai untuk maklumkan.
Mawi juga tidak berkecil hati dengan sebarang spekulasi yang mengaitkan penundaan konsert dengan jualan tiket yang dikatakan kurang memberangsangkan.
Menerima Dengan Hati Terbuka

Sebaliknya, beliau menerima segala ketentuan dengan hati terbuka dan melihat ia sebagai perkara biasa dalam perancangan.
Kita hanya mampu merancang, namun bukan semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang diharapkan.
Saya reda dan tidak kecewa.
Kali terakhir saya berbincang dengan pihak penganjur pun sudah beberapa bulan lalu.
Saya tidak kisah apa orang nak cakap, yang penting saya tahu saya dah buat yang terbaik.
Malah Mawi juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak penganjur dan memilih untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.