Perkongsian ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dirinya yang menyertai acara duathlon terbesar dan berprestij di Asia, POWERMAN Malaysia yang berlangsung di Dataran Putrajaya, pada Ahad.
Kongsi Syed Saddiq di Instagram, seorang wanita yang digelar sebagai ‘wanita luar biasa’ telah datang memberikan semangat buatnya sebelum memulakan acara duathlon POWERMAN Malaysia.
Tambah Syed Saddiq, dia turut meminta netizen untuk meneka siapakah gerangan ‘wanita luar biasa’ tersebut.
“Mula-mula ingat ada fan datang nak ambil gambar, rupanya ‘Wanita luar biasa dari Sabah buat suprise datang berikan kata-kata semangat, cuba teka siapa tu? Hah terus semangay nak race!.”-kongsi Syed Saddiq di Instagram
“Comel Je Highlight Wanita Luar Biasa…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen membajiri ruangan komen dengan ucapan tahniah di atas kejayaan Syed Saddiq berjaya menamatkan acara POWERMAN, malah ramai yang sempat mengusik gelagat Bella dan Syed Saddiq agar dijodohkan bersama.
“Dia suruh teka? Korang dah dapat teka belum siapa wanita luar biasa tu? Macam susah nak teka ni.”
“Comel je highlight wanita luar biasa 😆🤩 Semut semut dah mari.”
“Patut la selama ni saya tak semangat nak exercise pun. Salah formula rupanya. Kena ada yang beri semangat macam dia 🤣.”
“Dalam video dan ending video YB ada Bella ni pun membuatkan kami turut bersemangat juga 😍❤️🔥.”
“Kalau ini bukan namanya cinta? Jadinya apa yaa..”
“Ingatkan peminat datang nak ambil gambar, rupanya YB peminat wanita luar biasa tu kan.”
“Congrats YB! Video duathlon tahun ni sangat manis. Sampai saya lupa letak gula dalam kopi saya pagi ni pun terasa kemanisannya.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.