Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Kenapa Fezrul Khan Bengang?- “Saya Tak Perlu Sosial Media Pun Orang Kenal”

Fezrul Khan Ajak TikToker Masuk Gelanggang? Punca Sebenar Cuma Isu Gula

by Phic ARMAN
June 23, 2025
Share on Facebook

Satu insiden kecil yang berlaku semasa sesi live pelakon Fezrul Khan baru-baru ini tiba-tiba jadi panas dan kecoh di media sosial. Semuanya bermula dengan satu teguran berkenaan gula.

Dalam sesi live tersebut, Fezrul sedang berniaga sambil mempromosikan produk madu. Namun, tiba-tiba muncul komen dari Hanif Loid, seorang TikToker popular yang dikenali ramai kerana kandungan senaman dan gaya hidup sihat. Komen itu menegur pengambilan gula secara umum, dan barangkali niatnya hanya mahu beri kesedaran.

Tapi Fezrul nampaknya kurang senang dengan teguran itu. Dari situ, suasana jadi tegang dan Fezrul dilihat mula memberi respon balas secara terbuka di media sosial. Bukan setakat itu, Fezrul juga mengajak Hanif untuk bertarung di gelanggang, satu cabaran yang membuatkan netizen terkejut kerana isu asal cuma soal gula.

Peminat Hanif mula tampil menyokong TikToker itu dan berpendapat komen tersebut tak salah pun. Tapi lain pula pandangan Fezrul yang rasa dirinya sedang diperlekehkan di ruang live ketika sedang berniaga.

@fezrulkhan

Salam alaykum @Hanif Loid . Jgn la pura2 dan jgn la play victim dengan sy. Sy ikut sunnah nabi. Zaman nabi kita tak de gula. Semua ada Ideologie masing2 tp jgn la masuk live org comment mcm tu. Ada few kawan sy bgtau sy kadang2 bila fans or followers tanya mcm mana abgku or kakakku bole dpt bdn mcm ni. Bila diorg explain awak mencelah. So skrang ni sy nak test power awak dlm combat sport. Its a sport . Clear kan. So jgnla spin cerita. Coach2 lain masuk live sy say hye itu je. Tp awak menunjuk kepandaian awak . Sy nak try la ngan awak dlm combat sport. 😎 salam alaykum dr sy FEZRULKHAN aka RATU 🐝 (nak main apa muaythai or kickboxing 😊) #fezrulkhan #ratulebah #f #fyp #fpy #satumadubyfezrulkhan #madusidr #sidr

♬ カフェでボサノバを聴く休日 – ya-su

Keadaan bertambah panas apabila ada yang tinggalkan komen sindiran, menuduh Fezrul hanya mahukan perhatian. Fezrul membalas:

“Saya tak perlu pun beriya macam laki awak. Saya tak perlu social media pun orang kenal. Kalau tak ada social media pun orang kenal, tak macam laki awak.”

Tak lama kemudian, muncul pula komen lain yang berbunyi:

“Takpe la, biasalah dah sendu jadi artis. Lagi dia macam tu, lagi tak ada offer nak berlakon.”

Sekali lagi Fezrul tak berdiam diri. Dia membalas:

“Nanti tengok la cerita-cerita saya banyak keluar. Simpan sikit busuk hati macam kakak awak dan coach cap ayam awak tu.”

Netizen Mula Berbelah Bahagi

Ada yang bersimpati dengan Fezrul, kata dia cuma nak jaga periuk nasi. Tapi ramai juga yang rasa reaksi Fezrul agak berlebihan dan memperbesarkan perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara lebih tenang.

Dalam masa sama, isu ni turut cetuskan perbincangan tentang tahap keterbukaan selebriti terhadap teguran, khususnya apabila melibatkan hal kesihatan dan produk jualan.

Sama ada isu ini akan reda atau makin berlarutan, sama-sama kita tengok nanti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

fezrul khanHanif Loid
https://lomp.at/9v8kd
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem