Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

AirAsia X Lancar Laluan KL–Tashkent: Inilah Sebab Kenapa Uzbekistan Jadi Destinasi Idaman Ramai!

AirAsia X Bawa Anda Teroka Asia Tengah: Kenapa Tashkent Patut Jadi Destinasi Wajib 2025?

by Phic ARMAN
June 23, 2025
Share on Facebook

Kalau selama ini anda tercari-cari destinasi luar kotak, jauh dari kesibukan kota moden tapi tetap kaya dengan budaya, sejarah dan pemandangan yang memukau, MURAI rasa jawapannya mungkin ada di Uzbekistan.

Dan berita baiknya? AirAsia X baru je umumkan laluan terus ke Tashkent, ibu kota Uzbekistan, bermula 15 Oktober 2025, dengan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu dari Kuala Lumpur. Kiranya, negara yang dulunya kita hanya lihat dalam dokumentari kini boleh dijelajah sendiri dan yang paling best, harga promosi bermula RM99 sehala sahaja!

Tashkent: Bandar Yang Tenang Tapi Penuh Cerita

View this post on Instagram

A post shared by Uzbekistan Travel (@uzb_travel)

Tashkent mungkin tak sepopular Tokyo atau Paris, tapi percayalah bandar ini ada magis dia tersendiri. Sebagai ibu kota Uzbekistan, Tashkent sarat dengan seni bina Islam yang memukau, bazar-bazar tradisional yang hidup, dan taman-taman hijau yang buat kita rasa macam balik ke kampung, walaupun nun jauh di Asia Tengah.

Bukan itu je, Tashkent ini juga tengah pesat membangun. Anda boleh nampak gabungan menarik antara budaya tradisional dan sentuhan moden, termasuk teater, muzium dan restoran yang menawarkan pengalaman makanan Uzbek asli.

Sejarah Yang Hidup, Tak Lekang Ditelan Masa

Uzbekistan ini ibarat permata sejarah yang baru nak disinar semula. Negara ini pernah jadi antara hentian utama Jalur Sutera, dan anda masih boleh lihat tinggalan agung zaman silam di bandar-bandar seperti Samarkand, Bukhara, dan Khiva.

Bayangkan berdiri di hadapan Registan yang megah, atau melawat Ichan Kala yang penuh misteri. Rasanya macam masuk ke dunia lain tapi dunia yang sebenar, bukan set filem!

Rakyat Yang Mesra, Budaya Yang Kaya

Satu benda yang traveller selalu puji tentang Uzbekistan? Orang dia.
Orang Uzbek memang terkenal dengan keramahan, suka menyambut tetamu dan tak kedekut cerita tentang budaya mereka. Dari muzik, pakaian, hingga ke makanan, semuanya penuh warna dan penuh jiwa.

Kalau anda jenis suka belajar budaya baru dan “connect” dengan orang tempatan, ini memang tempat terbaik untuk buat kenangan.

Bajet Mesra, Pengalaman Luar Biasa

Ni part yang MURAI tahu ramai akan suka: Kos perjalanan kat Uzbekistan sangat berpatutan.
Anda boleh nikmati makanan tradisi, penginapan selesa, dan pengalaman penuh nilai tanpa perlu koyak bajet. Sesuai sangat untuk backpacker, traveller solo atau pun yang nak bawa family bercuti.

MURAI tak nak cakap banyak, cuma nak pesan, kalau anda rasa dah cukup dengan Bali, Korea, atau Europe… mungkin ini masa untuk anda keluar zon selesa.

Uzbekistan menanti. Dan kini, ia lebih dekat dari yang anda sangka.

Tempah awal, simpan bajet, dan bersedia untuk perjalanan yang bukan biasa-biasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

BukharaSamarkandTashkentuzbekistan
https://lomp.at/i29qy
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem