Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Datuk Cakap Kita Orang Kepoh Tapi Datuk Juga Ajak Gosip Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @modelistaempire yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 573 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu dan sebanyak 360 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Datuk Aliff Syukri menceritakan mengenai mengapa isterinya mengamuk sehingga mencampakkan telefon pintar milik anaknya iaitu Baim.
@modelistaempire ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak salah berbuat sedemikian jika anaknya juga telah melampaui batas. Tambah mereka lagi, sejak kecil inilah perlu diajar agar dewasa kelak akan menjadi insan yang berguna bukan sahaja buat keluarga malah buat masyarakat.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.