Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

sooka Raikan Ulang Tahun Ke-4 dengan Inovasi dan Ganjaran Menarik

by Aphit J.
June 29, 2025
Share on Facebook

Sempena ulang tahun keempat, platform penstriman popular sooka mengumumkan pelbagai penambahbaikan teknologi, ganjaran pelanggan, dan tawaran eksklusif yang mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu aplikasi hiburan paling pesat berkembang di Malaysia.

Pelbagai Aplikasi Baharu

via sooka

Sepanjang empat tahun beroperasi, sooka berjaya menawan hati penonton tempatan dengan kandungan yang relevan dan mencerminkan budaya serta minat rakyat Malaysia.

Antara penambahbaikan terkini termasuk aplikasi baharu yang kini dua kali lebih pantas, peningkatan sooka TV Stick dengan kandungan sukan 4K UHD, serta sistem navigasi diperibadikan untuk pengalaman tontonan lebih lancar.

Antara Lima Aplikasi pendapatan Tertinggi

via sooka

sooka juga memperkenalkan chatbot AI, Panduan Program Elektronik (EPG), dan tab dinamik untuk memudahkan penonton mengakses saluran langsung dan kandungan video atas permintaan (VOD).

sooka kini merupakan aplikasi sukan No.1 di Malaysia dan tersenarai antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store, dengan penilaian pengguna tinggi – 4.6 bintang di Google Play Store dan 4.2 di App Store.

Menurut Pengarah sooka, Chu Young Lee, mereka komited menjadikan sooka sebagai platform yang menyatukan rakyat Malaysia menerusi hiburan Asia dan siaran sukan yang mudah diakses.

Pelbagai Promosi Di Tawarkan

via sooka

Sebagai penghargaan ulang tahun, sooka menawarkan pelbagai promosi sehingga 31 Julai 2025, termasuk:

  • Akses percuma 10 hari ke pelan Sports & Entertainment (guna kod HBDSOOKA).

  • Cabutan harian hadiah Smart TV LG 86” 4K UHD dan sooka TV Stick.

  • sooka TV Stick percuma dengan langganan enam bulan sooka Premium (RM249).

  • Tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan di laman web sooka.

Menjelang tahun kelima, sooka akan terus mengukuhkan kedudukannya dengan kerjasama bersama syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama, serta memperkaya penawaran kandungan dan teknologi.

Muat turun sooka di App Store, Google Play Store atau lawati sooka.my untuk maklumat lanjut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
sooka
https://lomp.at/934bx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem