PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, kembali dengan kejutan istimewa menerusi kolaborasinya bersama Bernadya, pemuzik muda dari Indonesia yang baru-baru ini mencuri perhatian melalui muzik pop yang dekat di hati generasi muda.
Dalam kolaborasi ini, PUBG MOBILE mempersembahkan Video Muzik (MV) eksklusif untuk salah satu lagu paling popular Bernadya, “Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan “. Video muzik ini boleh ditonton terus di saluran YouTube PUBG MOBILE Indonesia.
Muzik Video ini hanyalah permulaan kerana PUBG MOBILE menjanjikan lebih banyak kejutan bersama Bernadya dalam masa terdekat.
Pemain Malaysia boleh mendapatkan Pek Suara Bernadya sehingga 7 Julai 2025 dari hanya 1 Ocean Crystal, membolehkan pemain merasai keseronokan bermain PUBG MOBILE ditemani suara Bernadya yang unik dan merdu.
Kerjasama dengan PUBG MOBILE ini merupakan kali pertama Bernadya terlibat dalam dunia permainan. Dia juga menyatakan semangatnya:
“Sangat mengujakan, ini merupakan pengalaman baharu bagi saya. Biasanya saya hanya bermain PUBG MOBILE di telefon bimbit, tapi kali ini rasa seperti saya benar-
benar masuk ke dalam permainan, memang seronok sangat!”- kata Bernadya.
Bernadya bakal memukau penonton tempatan dengan konsert solo pertamanya di Malaysia, berikutan kejayaan konsert pertamanya di Jakarta. Berlangsung di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, konsert itu juga berfungsi sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan PUBG MOBILE.
Jelajah konsertnya di Kuala Lumpur akan diadakan pada 13 Julai 2025 di Zepp KL, manakala konsert keduanya di Kota Kinabalu akan diadakan pada 19 Julai 2025 di Dewan KDCA. Nantikan, kerana PUBG MOBILE akan mengadakan pemberian tiket khas di halaman media sosial mereka kepada beberapa pemain bertuah dalam komuniti.
Kerjasama ini menambah senarai panjang kerjasama ikonik yang telah dilakukan PUBG MOBILE dengan pemuzik dunia seperti Alan Walker, BLACKPINK dan BABYMONSTER. Di Malaysia sendiri, PUBG MOBILE terkenal dengan kerjasama yang aktif dengan selebriti dan jenama tempatan seperti MASDO, Mechamato, Polis Evo 3 dan Boboiboy.
Jangan ketinggalan, semua kandungan kerjasama ini tersedia untuk masa yang terhad. Masuk ke medan perang, temui kejutan baharu dan jadilah sebahagian daripada evolusi PUBG MOBILE yang sentiasa membawa sesuatu yang segar kepada komunitinya.
