Seorang kanak-kanak perempuan telah tular di platform TikTok selepas aksi spontannya dirakam oleh ibunya. Dalam video pendek yang berdurasi 8 saat itu, kanak-kanak perempuan tersebut diliihat sedang duduk mencangkung di hadapan batu penanda bertulis “150 mm Air Selangor” sambil berdoa.
Kejadian tersebut sepertinya berlaku di sebuah kedai makan, apabila terdapat batu penanda berhampiran dengannya. Seperti menyangka batu penanda itu seperti batu nisan, kanak-kanak perempuan itu dilihat menadah tangan sambil membaca doa.
@nuraz.66 Random sgt ini anak.… 🤣 nanti lah mama explain batu tu untuk apa .
Aksi kanak-kanak perempuan itu tidak dijangka apabila dia seterusnya meletakkan lalang di hadapan batu penanda itu sambil memegang permukaan dan mencium batu tersebut dengan gaya yang bersungguh-sungguh.
Melihatkan aksi spontan kanak-kanak itu, pengguna TikTok meninggalkan pelbagai reaksi yang rata-ratanya tak dinafikan terhibur dengan gelagatnya.
“Dikucupnya pulak batu nisan tu. Semoga arwah Air Selangor tenang di sana”, komen @nabila.mzain.
“Betul la tu dia doakan Air Selangor, kan asyik takde je”, komen @topijeraml.
“Mungkin rumah adik ni selalu ada gangguan air. Tenang di sana Air Selangor”, komen @namasayazaf.
“Harap takde gangguan air la dik oi. Dah ramai bacakan Al-Fatihah untuk Air Selangor”, komen @sueazizullai.
“Nape dik? Rumah adik takde air ke?”, komen @asmaisma18.
“Harap Air Selangor faham la ye apa yang adik ni nak sampaikan. Jangan asik gangguan air je manjang”, komen @_muhdhaqim_.

Apabila membaca komen, ramai yang pernah menyangkakan batu penanda tersebut sebagai batu nisan ketika mereka masih kecil. Bukan itu sahaja, aksi spontan kanak-kanak perempuan itu juga pernah dilakukan oleh mereka.
“Jangan gelakkan dia, ingat kita dulu pun fikirkan tu kubur”, komen @gorgonneee/.
“Takpe dik, akak dulu ingat tu batu nisan pekerja tiang lampu yang jatuh waktu betulkan lampu, lepastu tanam sebelah”, komen @1704evers.
“Bagus parents adik ni. Mesti dah di ajar adab menziarahi kubur. Cuma nisan tu silap kenapa dia duduk situ”, komen @gambargelap.
“Samalah dik. Time kecik dulu akak hairan jugak apasal banyak tiang nisan tercacak tepi jalan”, komen @bungaabertuah.
“Takpe dik, acik dulu pun ingat kubur tepi jalan. Kubur yang takde orang sayang”, komen @bihapaiman.
“Kubur dekat kedai makan dik. Bukan kaleng-kaleng pelarisnya”, komen @fapafau.
Melihatkan gelagat kanak-kanak perempuan itu, ramai yang menyatakan betapa polos dan sucinya pemikirannya. Jadi kita sebagai orang dewasa pula perlulah mengajar mereka perkara yang baik-baik okay?