Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat

by Phic ARMAN
September 3, 2025
Share on Facebook

Kalian pernah tak tengah scroll TikTok, tiba-tiba jumpa video lama yang terus buat kalian senyum sorang-sorang? Haa… itulah yang jadi baru-baru ini bila satu rakaman throwback Anugerah Bintang Popular Berita Harian dikongsi oleh pengguna @sitifans1. Walaupun tak jelas tahun bila, tapi yang pasti, video itu memang jadi kapsul masa untuk peminat hiburan.

@sitifans1

Wah bukan main rapat ye kak Ziana Zain dengan Siti Nurhaliza.duduk bersama,bergambar bersama dan berborak bersama di majlis sidang media Abpbh 2011. #sitinurhaliza #sitizoners #fyp #zianazain #abpbh

♬ original sound – sitinur – sitinur

Dalam video tu, muncul barisan artis popular zaman tu dengan penampilan masing-masing. Ada yang masih maintain lawa, ada juga yang sekarang dah berhijrah ke arah lebih baik dengan bertudung. MURAI pun kena minta maaf siap-siap kalau ada yang terasa, sebab kita hormat perjalanan perubahan positif artis-artis ni.

Tapi… yang paling mencuri perhatian bukan artis tau, sebaliknya seorang pereka fesyen yang sekarang ni antara nama paling gah di Malaysia, Rizman! Kalau dulu Rizman ini dikenali dengan rambut panjang, vibe lembut dan gaya lebih feminin, sekarang kalau tengok… pergh! Rambut pendek, penampilan kemas, siap ada aura macho lagi. Ramai netizen dalam komen kata, “Ni Rizman tengok mesti nangis…”

Bagi yang mungkin baru kenal, Rizman ni sebenarnya separuh daripada duo Rizman Ruzaini, label fesyen yang dia usahakan bersama Ruzaini Jamil. Bukan calang-calang jenama ya, baju mereka pernah disarung oleh Naomi Campbell, Lady Gaga, malah tahun lepas siap dipilih reka busana rasmi untuk pasukan Malaysia di pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024. Dari pentas fesyen dunia sampai ke stadium Olimpik, Rizman Ruzaini memang dah bawa nama Malaysia terbang tinggi.

Jadi, walaupun video lama ini asalnya tentang artis, netizen tetap lebih sibuk borak pasal Rizman. Iyalah, siapa sangka daripada rambut panjang ala drama Korea terus jadi lelaki maskulin penuh karisma. Kalau Rizman baca komen, mesti dia senyum je kan… sebab glow up dia memang lain macam!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Rizman Ruzainitiktok
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara