Friday, October 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Akibat Gagal Bayar Pinjaman RM5 Juta ‘Persahabatan’

by Puteri Alia
July 3, 2025
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie kini berdepan fasa paling getir dalam hidupnya apabila diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM5 juta. Keputusan itu dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli, dalam prosiding yang berlangsung baru-baru ini, selepas membenarkan petisyen pemiutang yang difailkan oleh syarikat pembinaan kejuruteraan, Cekap Air Sdn Bhd.

Petisyen yang difailkan pada 20 November tahun lalu itu menyatakan Jovian, yang juga bekas menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah melakukan perbuatan kebankrapan dengan gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei 2023. Jumlah keseluruhan hutang yang dituntut termasuk faedah adalah RM5,284,340.66, dan ia berkaitan penghakiman terus yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 2 April 2023.

Cekap Air mendakwa wang tersebut dipinjamkan kepada Jovian atas dasar ‘pinjaman persahabatan’ setelah menerima permintaan lisan daripada pereka fesyen itu sendiri. Wang berjumlah RM5 juta dipindahkan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian pada 25 Februari 2022, dan pihak guaman terbabit mengesahkan penerimaan dana tersebut atas arahan defendan. Tindakan mahkamah diambil selepas Jovian gagal membayar balik pinjaman tersebut mengikut tempoh yang dijanjikan.

Peguam syarikat tersebut, Siti Nur Athirazatti Rohizad memaklumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan Notis Kebankrapan selepas Jovian enggan atau gagal mematuhi penghakiman yang telah dikeluarkan, seterusnya membawa kepada pemfailan Petisyen Pemiutang. Tambahnya, permohonan Jovian untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen kebankrapan itu telah ditolak oleh mahkamah.

Walaupun keputusan kebankrapan telah dijatuhkan, Jovian dilaporkan masih mempunyai ruang untuk merayu. Rayuan terhadap penghakiman terus yang difailkan melalui saman utama dijadualkan akan didengar pada 15 September ini. Kes ini membuka mata ramai tentang risiko yang datang bersama urusan pinjaman tidak bertulis, meskipun antara kenalan.

Dalam dunia fesyen yang sering dikaitkan dengan kemewahan, kisah muflis seorang pereka terkenal seperti Jovian memberi satu tamparan realiti bahawa tiada siapa kebal daripada tekanan kewangan, lebih-lebih lagi apabila membabitkan jumlah jutaan ringgit dan kepercayaan yang dikhianati.

jovian mandagie
https://lomp.at/1rt6b
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @arilshafiq97 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] “Benda Ni Susah & Jarang Berlaku”- Netizen Terhibur Lihat Reaksi Malu-Malu TokTi Naik Lif

by Nurul A.
August 14, 2025

Reaksi penyanyi nombor satu negara dan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan malu-malu menaiki lif di sebuah pusat...

Read more
Foto - Beautifulnara / Utusan
Lokal

[VIDEO] Gelar Suami Bantu Kerja Rumah Sebagai G*y & ‘Loser’, PU Syed ‘Sekolahkan’ DMA Islam

Tak habis-habis dengan kontroversi, hantaran pempengaruh DMA Islam baru-baru ini telah mengundang kemarahan orang ramai, termasuklah pendakwah bebas PU Syed....

Read more
by Nurul A.
August 27, 2025
Lokal

Suami Fatin Afeefa Pesan-“Perkahwinan Kami Bukan Untuk Internet..”

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik momen mesra dia bersama isteri di media...

Read more
by Naddy Joe
August 6, 2025
Lokal

Amyra Rosli Akui Pernah Terdetik Mahu Buka Tudung – “Saya Paksa Diri Untuk Istiqamah”

Amyra Rosli secara jujur mengakui bahawa dugaan paling besar selepas memutuskan untuk berhijab bukanlah soal penampilan, tetapi cabaran untuk kekal...

Read more
by Puteri Alia
July 24, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Lihat Gelagat Dolla Buat Kek Lapis-“Macam Macam Gaya”

Siapa yang tidak mengenali dengan ahli kumpulan wanita Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Dolla. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun...

Read more
by Jash Lee
July 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Datin Alyah Terpaksa Tipu Tok Ram Untuk Buat Kejutan Menyanyi

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Alyah memberitahu bahawa beliau terpaksa menipu untuk membuat kejutan menyanyi kepada Tok...

Read more
by Noah Ab
October 3, 2025
Foto - @mishaomar (IG)
Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Lokal

Dulu Beli Beg RM100,000, Kini Anzalna Sedar Nilai Rezeki Lebih Bermakna Untuk Keluarga Susah

Jika dahulu pelakon cantik Anzalna Nasir tidak teragak-agak membelanjakan lebih RM100,000 untuk membeli barangan mewah demi kepuasan diri, kini bintang...

Read more
by Puteri Alia
August 20, 2025
Fesyen

Cha Eun Woo Bawa Aura Oppa Dalam Koleksi Sport Skechers Terbaru

Kalau sebut nama Cha Eun Woo, confirm ramai yang terus terbayang wajah jambu oppa kesayangan ramai ni kan? Nah, berita...

Read more
by Phic ARMAN
August 29, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

  4. 4

    Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem