Rasanya selagi Maia Estianty tidak buka suara atau memberi respons terhadap dakwaan Ahmad Dhani dalam video di saluran YouTubenya, “Kompilasi Umpat & Fitnah Maia Estianty (Semasa Sudah Ada Suami)”, selagi itulah bekas suaminya akan terus ‘menyerangnya’.
Dan Ahmad Dhani juga pernah menafikan bahawa dia melakukan keganasan rumah tangga terhadap Maia. Sebagai buktinya, dia telah menampilkan Notis Penamatan Siasatan berhubung laporan lepas Maia.
Dengan mengeluarkan surat tersebut kerana bukti tidak mencukupi, Ahmad Dhani membuat kesimpulan bahawa Maia telah memfitnah dirinya.
Seperti belum berpuas hati, Ahmad Dhani muncul pula di YouTube ‘Curhat Bang Denny Sumargo’ membela dirinya dan mencerutakan bagaimana dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika masih berkahwin dengan Maia.
Ahmad Dhani berkata, Maia pernah membaling alat kawalan jauh TV (remote TV) ke arahnya ketika mereka masih sah berkahwin. Kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu itu telah disaksikan secara langsung oleh anak kedua mereka iaitu El Runi.
“Saya dilemparkan alat kawalan jauh TV. El saksinya.”
Tambah Ahmad Dhani, dia memilih untuk mendiamkan diri selama bertahun-tahun kerana mahu menjaga perasaan dan juga mental anak-anaknya, Ahmad Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani; yang ketika itu masih lagi kecil.
Bagaimanapun, kini dia berasa lebih yakin dan terdorong untuk bersuara mengenai “umpat dan fitnah” yang dilakukan oleh Maia. Dia juga mendakwa bahawa ketiga-tiga anaknya bersama Maia itu tahu akan kebenaran yang sebenar.
“Al, El dan Dul sudah tahu perkara ini. Mereka sudah tahu bukti ini, malah mereka juga mendengarnya sendiri.”

Ahmad Dhani juga telah memberi ‘pesanan’ kepada suami Maia, Irwan Mussry, untuk menasihati Maia bagi menghentikan fitnah yang dibuat olehnya itu terhadap dia dan keluarga.
“Saya harap suami yang lebih baik (Irwan Mussry) dari saya boleh beritahu Maia supaya berhenti mengumpat tentang perkahwinan lampaunya dan berhenti memfitnah saya. Jika tidak, saya akan keluarkan lebih banyak bukti teruk. Bukti Maia ada hubungan dengan lelaki lain.”
Apa pendapat kamu? Adakah Maia sebenarnya fitnah Ahmad Dhani atau sebaliknya?