• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Amy Search Muncul di IPD Shah Alam Bersama Isteri, Netizen Tertanya-Tanya Tindakan Susulan Isu Shila Amzah

by Puteri Alia
July 16, 2025
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Kehadiran penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Amy Search bersama isterinya, Datin Norhasniza Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam baru-baru ini nyata menarik perhatian ramai. Gambar pasangan itu yang dimuat naik oleh Norhasniza atau lebih mesra disapa Norish di Insta Story segera menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila tiada penjelasan diberikan mengenai tujuan mereka ke lokasi tersebut.

Apa yang menarik, pasangan itu dilihat tersenyum ceria bergambar bersama peguam tersohor Datuk M Raja Reza Hassan dan isteri. Menerusi kapsyen ringkas, Norish hanya menzahirkan rasa gembira dapat bertemu dengan kenalan tersebut tanpa menyentuh langsung isu yang sedang hangat dikaitkan dengan suaminya. Dalam suasana yang penuh tanda tanya itu, netizen tidak menolak kemungkinan wujud kaitan antara kehadiran mereka di IPD dan kontroversi yang masih belum reda melibatkan penyanyi Shila Amzah.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, masih menjadi sebutan susulan dakwaan telah mengherdik Shila secara terbuka ketika sesi latihan sebuah konsert baru-baru ini. Insiden itu didakwa berpunca daripada ciapan Shila di platform X yang dilihat menyokong kenyataan Nabila Huda, anak Amy daripada perkahwinan terdahulu. Nabila sebelum itu meluahkan rasa tidak puas hati mengenai seorang individu yang dirujuk sebagai ‘ibu tiri’, meskipun tidak menyebut sebarang nama.

Susulan itu, situasi menjadi lebih tegang apabila Nabila kembali membuat dua hantaran susulan di media sosial yang dilihat menyindir sikap seorang individu yang rapat dengannya. Ramai menyifatkan kenyataan tersebut sebagai simbolik kepada pergolakan dalam keluarga selebriti terkenal itu.

Sehingga kini, cubaan pihak media untuk mendapatkan penjelasan langsung daripada Amy mahupun isterinya belum berhasil apabila mereka didapati tidak membalas panggilan atau memberikan sebarang kenyataan rasmi. Keterlibatan mereka dalam isu sensasi ini membuatkan ramai terus menunggu perkembangan lanjut, lebih-lebih lagi setelah kemunculan bergambar di IPD itu seolah-olah memberi bayangan ada sesuatu yang sedang berlaku di sebalik tabir.

Shila Amzah Dedah Pernah Dibuli 25 Tahun, Kini Berani Dedah Insiden Dengan Amy Search
amy searchnabila hudashila amzah
https://lomp.at/qulaa
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Pelakon Lelaki Popular Komen Perubahan Dahlia – “Redha Je lah’

by Zaidin Albert
September 15, 2025

MURAI memang suka bila ada cerita-cerita positif dalam dunia hiburan tempatan. Kali ini, giliran pelakon, penyanyi dan pengarah serba boleh...

Read more
Lokal

Johan Tegas Harta Bukan Untuk Anak-Anak, Semua Usaha Demi Isteri Tercinta Ozlynn

Pelawak popular yang kini bergelar penyampai radio dan usahawan berjaya, Johan, menegaskan segala kerja keras dan titik peluh yang dilakukannya...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

Rita Rudaini Bersuara Mengenai Kes Kematian Zara Qairina!-“Acik Pengetua Tu Pun Patut Dicekup Soal Siasat, Warden Pun..”

Kes yang melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha, iaitu Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia...

Read more
by Naddy Joe
August 11, 2025
Lokal

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru

Penyanyi popular Haqiem Rusli meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu penerbit terkenal, Datuk A Aida kini sedang ditidurkan di Unit...

Read more
by Puteri Alia
September 26, 2025
Foto - @sherryibrahim (IG)
Lokal

“Kenapa Nak Ungkit & Post Cerita Lama? Sumpah Sedih & Penat”- Sherry Ibrahim

Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim telah meluahkan rasa kecewanya dalam hantaran terbarunya di Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Sherry bertanya mengapa...

Read more
by Nurul A.
August 27, 2025
Lokal

Linda Hashim Dedah Dipukul Sejak 2016, Anak-Anak Trauma Jadi Punca Enggan Pulang

Hilang kesabaran selepas sekian lama berdiam diri, pelakon Linda Hashim akhirnya tampil mendedahkan punca sebenar dia tidak pulang ke rumah...

Read more
by Puteri Alia
August 19, 2025
Screenshot
Berita

Musa Nuwayri Tidak Pernah Anggap Diri ‘Hero’-“Ini Bukan Pasal Kita, Ini Tentang Mereka Di Gaza..”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia yang juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ahmad Musa Al-Nuwayri...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Lokal

Neera Azizi Hamil Anak Sulung, Netizen Titip Doa!

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama. Kongsi Foto Imbasan...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Bimbang Cinta Dengan Mickey Ayo Undang Tersinggung -“Saya Pun Nervous, Kasihan Dia Terkejut Bila Viral”

Pelakon popular Nora Danish mengakui bimbang keterbukaannya berkongsi tentang hubungan dengan lelaki yang dikatakan kekasih baharunya, Mickey Ayo, mungkin menyinggung...

Read more
by Puteri Alia
October 31, 2025
Lokal

Amy Mastura Tolak Konsert Solo & Gegar Vaganza, Akui Lebih Selesa Perlahankan Karier Seni

Dengan tujuh album rakaman sejak 1994, Amy Mastura mengakui belum bersedia untuk mementaskan konsert solo atau persembahan berskala kecil seperti...

Read more
by Puteri Alia
September 8, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  3. 3

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  5. 5

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem