• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dah Jalani Hukuman, Masih Dikecam – Tony Eusoff Sindir Netizen Gali Kisah Ganja di Singapura

by Puteri Alia
July 17, 2025
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon berpengalaman Tony Eusoff meluahkan rasa terkilan apabila kisah silamnya berkaitan penyalahgunaan dadah kembali dibangkitkan oleh netizen, walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir satu dekad lalu. Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, dengan nada kecewa mempersoalkan motif sebenar sesetengah individu yang masih ghairah menggali kesilapan lampaunya meskipun dia telah menjalani hukuman dan insaf sepenuhnya.

Menerusi satu perkongsian di Instastory, Tony mengakui kesalahan itu adalah tanggungjawab dirinya sendiri dan bukan salah orang lain. Namun, dia juga menegaskan bahawa dirinya sudah membayar harga yang setimpal dengan kesilapan itu selepas menjalani hukuman penjara selama lapan bulan di Singapura. Katanya, dia hanya mahu tahu apa tujuan sebenar pihak yang masih terus menghukum dan menularkan semula cerita lama yang sepatutnya sudah dikuburkan.

Reaksi itu timbul selepas seorang pengguna media sosial meninggalkan komen yang mempertikaikan kedudukannya dalam industri seni dengan menyatakan bahawa dia pernah masuk penjara atas kesalahan dadah dan kini disenarai hitam di Singapura. Individu itu turut mempersoalkan kenapa Malaysia tidak mengambil tindakan yang sama. Menyedari komen tersebut mencetuskan kembali peristiwa hitam dalam hidupnya, Tony tampil bersuara, meminta masyarakat agar membenarkannya untuk terus move on daripada kisah silam.

Menurut pelakon filem Mencari Ramlee itu, dia sudah lama bangkit daripada kejatuhan itu dan sedang meneruskan kehidupan dengan cara yang lebih baik. Namun, Tony tidak menafikan masih wujud pembenci yang sukar menerima hakikat bahawa seseorang itu mampu berubah dan memperbaiki diri. Nada sindiran juga turut terselit apabila dia menulis, “Saya pernah berhutang dengan awak ke? Benci sangat sebab apa ya?”

Untuk rekod, Tony Eusoff pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh mahkamah di Singapura selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis ganja ketika tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Mac 2015. Pihak berkuasa menemui paket berisi bahan sayuran yang mengandungi sekurang-kurangnya 4.56 gram ganja dalam simpanannya.

Walaupun insiden itu memberi impak besar terhadap kerjayanya, termasuk digam daripada sebarang aktiviti hiburan untuk satu tempoh, Tony tetap tabah menghadapinya dan memilih untuk kembali ke landasan yang betul. Namun begitu, cabaran sebenar buat dirinya hari ini bukan lagi soal kesilapan lalu, tetapi bagaimana untuk menghadapi segelintir masyarakat yang tidak mahu membuka ruang kedua kepada mereka yang sudah pun menebus dosa.

tony eusoff
https://lomp.at/0zzkn
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @faissal.khan (IG)
Bollywood

Faissal Khan Akui Dikurung Selama Setahun Oleh Keluarga, Ini Jawapan Aamir Khan

by Nurul A.
September 9, 2025

Aktor Aamir Khan dan keluarganya telah menjadi tumpuan dan perdebatan orang ramaidi India, apabila abangnya iaitu Faissal Khan telah menuduh...

Read more
Lokal

Nora Danish Semakin Terbuka Kongsi Hubungan Dengan Mickey Ayo Cetus Spekulasi Kahwin 2025

Nora Danish semakin tidak berselindung apabila hubungan rapatnya dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo mula mendapat perhatian ramai selepas kedua-duanya...

Read more
by Puteri Alia
September 18, 2025
Lokal

Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

Baru-baru ini kecoh dekat media sosial bila pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa sedih lepas rumah flat tempat dia...

Read more
by Zaidin Albert
September 12, 2025
Foto - @hamishdw (IG)
Indonesia

Peminat Bengang, Bekas Suami Raisa Didakwa Curang Melalui Aplikasi Pinterest

Prosiding penceraian pelakon Hamish Daud dan penyanyi Indonesia, Raisa Andriana kini menjadi tumpuan terutamanya selepas peminat mengesyaki  penceraian pasangan ini...

Read more
by Nurul A.
November 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Hun Haqeem Menari Buatkan Peminat Cair Melihatnya-“Berulang Kali Aku Tengok”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Hun Haqeem yang sedang menari ketika berada disebuah acara yang dihadirinya itu. https://www.tiktok.com/@tutur0013/video/7552305858781203723?_t=ZS-8zufRbeTP1u&_r=1...

Read more
by Noah Ab
September 23, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak anak kepada Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang sedang bermain alat muzik...

Read more
by Noah Ab
September 15, 2025
Bollywood

Kisah Rumah Tangga Adik Salman Khan Yang Ramai Tak Tahu

Kalau sebut nama Salman Khan, semua tahu dia hero Bollywood yang selalu buat jantung berdebar. Tapi tak ramai tahu kisah...

Read more
by Zaidin Albert
October 23, 2025
Lokal

Ameera Khan Dihujat Warga Indonesia-“Datang Cuma Tengok 38 Saat Je?”

Nur Ameera binti Abdul Halim Khan, lebih dikenali sebagai Ameera Khan atau Little Miss Khan, adalah pempengaruh media sosial, model,...

Read more
by Noah Ab
August 11, 2025
Lokal

Zarina Zainuddin Pesan Anna Jobling Berbaik Dengan Ibunya-“Bila Mak Sudah Tiada Esok?”

Pernah melalui pengalaman getir hampir serupa, pelakon senior Zarina Zainuddin tampil menitipkan doa agar hubungan aktres muda, Anna Jobling dengan...

Read more
by Puteri Alia
August 19, 2025
Lokal

[VIDEO] Shila Amzah & Ubai Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur!-“Macam Tu Je Dia Main Kepala Artis..”

Perkongsian suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video di media sosial,...

Read more
by Naddy Joe
August 14, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  2. 2

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  3. 3

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  5. 5

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem