Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Kisah Rumah Tangga Adik Salman Khan Yang Ramai Tak Tahu

by Zaidin Albert
October 23, 2025
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut nama Salman Khan, semua tahu dia hero Bollywood yang selalu buat jantung berdebar. Tapi tak ramai tahu kisah cinta adik perempuannya, Arpita Khan, dengan pelakon kacak, Aayush Sharma, yang rupanya lebih sweet dari drama Hindustan!

Jatuh Cinta Sebab Kaki Tak Sampai Meja

Dalam satu vlog dengan Farah Khan, Aayush cerita balik detik pertama kali dia jumpa Arpita. Katanya masa tu dia diperkenalkan oleh kawan mereka. Tapi yang buat dia terus cair, sebab cara Arpita duduk masa tu lain macam!

“Dia tengah duduk dekat restoran, kaki tak sampai meja, hayun-hayun sambil order makanan. Masa tu saya terus fikir… comelnya minah ni!”

Aayush terus jatuh hati sebab nampak Arpita ni “innocent” dan jujur, bukan jenis pura-pura. Tapi jangan silap Arpita ni nampak lembut, tapi bila dah kenal… boleh tahan garang jugak!

“Masa dia datang rumah saya first time, dia terus suruh tukar langsir. Katanya saya kena belajar pasal ‘allergy’ dan kebersihan. Baru saya tahu hidup bujang saya sebelum ni agak… berdebu,” katanya sambil ketawa.

Jumpa Salman Khan Pukul 1 Pagi – Terus Kecut Perut! 

Dan macam mana pula Aayush jumpa abang ipar dia, Salman Khan? Haa… ni lagi kelakar.

Masa tu Aayush tengah lepak dengan Arpita tengok TV. Tiba-tiba nama Salman disebut, dan zasss! ..abang superstar tu muncul depan pintu rumah, siap tekan loceng!

Topik Berkaitan Berat Badan Turun 8Kg, Peminat Puji Penampilan Terbaru Salman Khan

Kalau bukan sebab dia jujur dan betul-betul sayang Arpita, mungkin Salman pun tak restu kot! Tapi nasib baik Salman boleh nampak keikhlasan Aayush.

View this post on Instagram

A post shared by Aayush Sharma (@aaysharma)

Dari Dunia Politik Ke Dunia Bollywood

Untuk yang tak tahu, Aayush sebenarnya datang dari keluarga politik terkenal. Tapi lepas kahwin dengan Arpita, terus jadi menantu glamour Bollywood! Dia debut dalam filem Loveyatri (terbitan abang ipar sendiri, Salman Khan) dan lepas tu berlakon sama dalam filem Antim,  yang dapat banyak pujian.

View this post on Instagram

A post shared by Aayush Sharma (@aaysharma)

Pasangan ini kahwin pada 18 November 2014, dan sekarang bahagia dengan dua anak, Ahil (lahir 2016) dan Ayat (lahir 2019).

Pendek kata, dari kaki tak sampai meja, terus jadi cinta sampai ke pelamin!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aayush SharmaArpita Khansalman khan
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara