Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

3 Kontroversi Gaun Perkahwinan Meghan Markle Yang Ramai Tak Tahu

by Soph Azz
February 20, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Di kalangan peminat dan keluarga diraja Britain, Meghan Markle pernah menjadi antara topik perbualan hangat mereka. Dan antara topik yang sering dipertengahkan adalah gaun pengantinnya yang direka oleh Clare Waight daripada Givenchy.

Bagi sesetengah orang, gaun pengantin Meghan menampilkan gaya yang simple dan moden. Tetapi bagi keluarga diraja Britain, gaunnya itu telah ‘melanggar’ pantang larang mereka dalam sesetengah cara.

Untuk pengetahuan kamu, gaun pengantin wanita diraja Britain perlu dihasilkan dalam reka bentuk klasik dengan beberapa perincian yang ditetapkan oleh keluarga diraja tersebut.

Walaupun Meghan dan Putera Harry sudah berkahwin hampir 3 tahun, ada beberapa kontroversi di sebalik gaun pengantin Meghan yang agaknya mungkin tak ramai orang tahu.

Warna yang tak di-approve oleh Ratu Elizabeth II

Mengikut tradisi keluarga diraja Britain, wanita yang pernah berkahwin, bercerai dan ingin berkahwin semula, tidak boleh mengenakan warna pure white. Dan sebagai gantinya, wanita tersebut perlu mengenakan warna blush white atau bone white.

Foto – Pinterest

Tetapi ketika majlis perkahwinannya, Ratu Elizabeth II terkejut melihat warna gaun Meghan iaitu pure white memandangkan dia pernah berkahwin sebelum ini dengan Trevor Engelson pada tahun 2011 sebelum bercerai pada tahun 2013.

Kisah disebalik veil pengantin

Selain gaun, veil pengantin yang dikenakan oleh Meghan pun menjadi salah satu topik kontroversi. Ini kerana Ratu Elizabeth II pernah mendedahkan bahawa veil hanya boleh dipakai oleh wanita yang belum berkahwin sahaja dan bukannya yang pernah berkahwin.

Foto – Pinterest

Tetapi tidak endahkan apa yang dikatakan oleh Ratu Elizabeth II, Meghan tetap mengenakan veil ketika berkahwin dengan Putera Harry.

Penolakan tiara oleh Ratu Elizabeth II

Dipetik daripada Page Six, Meghan sebenarnya mahu mengenakan tiara pilihannya yang dihiasi dengan batu zamrud dari Rusia. Tetapi tiaranya itu ditolak oleh Ratu Elizabeth II dan diberi tiara Queen Mary’s Diamond Bandeau untuknya dipakai.

Terinspirasi Perkahwinan Diraja, Ini Harga Lilin Eksklusif Meghan Markle
Foto – Pinterest

Tak sangka pula kan?

gaun pengantin menghan marklekontroversi gaun meghan markleMeghan Markle
https://lomp.at/gocek
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara