Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Terinspirasi Perkahwinan Diraja, Ini Harga Lilin Eksklusif Meghan Markle

by Nurul A.
October 31, 2025
Foto - @meghan (IG)

Foto - @meghan (IG)

Share on Facebook

Duchess of Sussex, Meghan Markle telah membuatkan peminat diraja teruja dengan koleksi terbarunya. Menerusi jenama gaya hidup As Ever, Meghan mengeluarkan koleksi lilin aromaterapi eksklusif.

Koleksi ini terdiri daripada dua varian iaitu Signature Candle No. 084 dan Signature Candle No. 519 , di mana kedua-duanya dinamakan sempena tarikh yang mempunyai makna istimewa untuk Meghan.

View this post on Instagram

A post shared by @aseverofficial

Signature Candle No. 084 yang dijual pada harga $64 (RM 268.32), namanya diambil daripada tarikh lahir Meghan iaitu 4 Ogos. Bau ini merupakan wangian istimewa yang menyambut tetamu di rumahnya di California.

Berdasarkan keterangan produk, lilin ini “menuangkan bau hangat kayu manis manis, bunga halus dan bunga liar California—membawakan keselesaan yang menenangkan, seperti pelukan.”

Foto – asever.com

Sementara itu, Signature Candle No. 519 juga dijual pada harga $64 (RM 268.32), diinspirasikan daripada tarikh perkahwinan Meghan dan Putera Harry iaitu 19 Mei 2018.

Wangian lilin aromaterapi ini disifatkan sebagai bau “cinta pada cahaya pertama”, di mana ia menggabungkan kesegaran pudina Maghribi, teh putih dan rempah buah pelaga. Gabungan ini mewujudkan suasana yang membangkitkan “hari yang segar di kawasan luar bandar Inggeris, berjalan-jalan santai di taman dan kebahagiaan yang sukar untuk ditolak”.

Foto – asever.com

Dengan reka bentuk seramik putih yang elegan, koleksi lilin ini merupakan penjelmaan sempurna gaya British klasik dan kehangatan pantai California, di mana dua dunia yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan Duchess of Sussex.

View this post on Instagram

A post shared by @aseverofficial

Sekadar info, produk As Ever dikenali kerana menggabungkan kesederhanaan dengan sentuhan peribadi Meghan. Selain lilin, barisan ini juga menawarkan Fruit Spread Trio dengan harga $36 (RM 150.93) dan Hot Toddy Mulling Spice Kit untuk $16 (RM 67.08).

Bagi peminat bauan halus dan reka bentuk minimalis, koleksi lilin As Ever bukan sekadar produk gaya hidup, tetapi mencerminkan falsafah Meghan Markle sendiri iaitu kemesraan, kecantikan dan makna dalam setiap perincian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
as everDuchess of Sussexlilin meghan markleMeghan Markleputera harry
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara