Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

3 Perkara Yang Buatkan Puteri Mako & Puteri Diana Seakan Sama, Salah Satunya…

by Soph Azz
May 23, 2023
Foto - Elle / The Cut

Foto - Elle / The Cut

Share on Facebook

Kehidupan diraja di setiap negara adalah berbeza dan tidak ada persamaaan. Sama seperti Puteri Mako dan Puteri Diana, kedua-dua puteri ini sememangnya memiliki kehidupan yang sangat berbeza; memandangkan mereka dibesarkan dalam keluarga yang berbeza bahasa, budaya dan gaya hidup.

Di sebalik perbezaan kehidupan kedua-dua puteri ini, Miss Murai dapati ada beberapa perkara yang membuatkan Puteri Mako dan Puteri Diana ini seakan-akan sama.

Nak tahu apakah persamaan mereka, cepat baca di bawah;

1. ‘Artis’ secara semula jadi 

Siapa sangka kedua-dua puteri ini sebenarnya seorang yang sangat kreatif dan berseni. Bagi Puteri Diana, dia sangat meminati tarian sehingga mempelajari semua bentuk seni tarian; jazz, balet dan tap. Minatnya ini membuatkan dia pernah melakukan duet di Royal Opera House.

Foto – People / Pinterest

Bagi Puteri Mako pula, minatnya terhadap seni membuatkan dia meneruskan pengajian dan lulus dengan ijazah dalam seni dan warisan dari Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo. Kemudian dia juga meneruskan pengajian sejarah seni di Universiti Edinburgh. Dan kini dia bekerja di Muzium Seni Metropolitan sebagai penolong kurator untuk koleksi seni Asia di New York.

2. Fesyen jalanan adalah kegemarannya

Digelar sebagai trendsetter, Puteri Diana sering mengenakan oversized crew neck dan biker short. Gaya itu tak dinafikan menjadi signaturenya dan sehingga kini masih ada yang tiru gaya itu.

Foto – Pinterest / Daily Mail

Manakala Puteri Mako pula, walaupun gayanya berbeza sedikit dengan Puteri Diana tetapi dia juga sering mengikuti trend fesyen jalanan masa kini. Puteri Mako akan memilih pakaian yang bersaiz besar, sama ada pakaian luarnya, skirt maxi atau baggy jeans.

3. Suka dekatkan diri dengan masyarakat

Puteri Diana sendiri kita sudah sedia maklum bahawa dia sangat suka bergaul dengan masyarakat. Bukan itu sahaja, Puteri Diana juga kerap menyertai aktiviti kebajikan masyarakat terutamanya semasa wabak AIDS.

[FOTO] Gayakan Gaun Ala "Revenge Dress", Ini Penampilan Pertama Dakota Johnson Selepas Berpisah
Foto – The Independent / Reuters

Puteri Mako pula memiliki minat yang sama dan lebih memilih untuk tidak menonjolkan diri pada umum. Menurut sumber, Puteri Mako menjadi sukarelawan membantu rakyat selepas gempa bumi Tohoku pada 2011. Sepanjang kerja sukarelanya itu, Puteri Mako tidak mahu dikenali dengan identiti sebagai puteri.

Sangat memberi inspirasi untuk menjadi lebih baik tanpa mengira darjat kan?

puteri dianaPuteri Mako Akishino
https://lomp.at/zpwde
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara