Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

3H2M Inap Di STEG KL, Banyak Aktiviti Best Yang Miss Murai Buat Di Tengah KL!

by Soph Azz
December 8, 2022
Foto - Arkob Cik Murai

Foto - Arkob Cik Murai

Share on Facebook

Rasanya bukan Cik Murai saja yang rasa rindu dan ‘gatal kaki’ nak berjalan, kamu pun mesti rasa benda yang sama kan? Disebabkan rasa nak bercuti makin meluap, Cik Murai pun ambil keputusan untuk staycation di tengah Kuala Lumpur. Tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat, bolehlah untuk rehatkan minda dan badan daripada kerja.

Kebiasaannya untuk cari penginapan, Cik Murai akan utamakan hotel yang tidak terlalu over harganya, ada banyak fasiliti, mesra pengangkutan awam, dekat dengan tempat tarikan dan paling penting, makanan!

Dan penginapan terbaik selama 3 hari 2 malam (3h2m) yang pernah Cik Murai diami adalah di STEG KL. Nak tahu kenapa hotel butik ini best sangat, mari Cik Murai ceritakan di bawah;

STEG KL, Hotel Butik Bertaraf 4.5⭐

Sekadar info, “STEG” telah diadaptasi daripada perkataan Sweden yang membawa maksud step (langkah). Bertempat di bangunan 12 tingkat di antara kawasan perumahan dan pejabat, STEG Hotel terletak hanya beberapa minit daripada Bukit Bintang Segitiga Emas, KLCC dan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Foto – Arkib Cik Murai

Apa yang lebih menarik, STEG KL adalah sebuah hotel butik yang menggabungkan reka bentuk kotemporari dan warisan sejarah. Sesuai untuk mereka yang gemarkan tarikan vintaj dan rupa moden dalam satu masa.

Itinerari 3h2m di STEG KL: #1 Hari Pertama 

Pada hari pertama, Cik Murai sampai ke STEG KL sekitar jam 4:30-5 petang memandangkan hari tersebut hujan dengan lebat. Setibanya di sana, Cik Murai disambut dengan mesra oleh petugas hotel butik berkenaan. Sementara menunggu urusan pendaftaran selesai, Cik Murai menunggu di sofa lobi.

Foto – Arkib Cik Murai

Apa yang DIVA boleh katakan, interior hotel butik ini memang moden dan minimalis. Di ruang menunggu, ada kepingan awan terapung yang memaparkan nama “STEG”. Bukan itu saja, ada juga motosikal antik, peti besi antik dan kabinet di sepanjang laluan pejalan kaki. Bila dongakkan kepala ke atas pula, bahagian siling direka menggunakan stail industri. Dan bertentangan dengan kaunter pendaftaran, ada tangga yang bergelombang di antara iaitu Tuscany Steps yang diinspirasikan oleh tangga di Itali.

Foto – Arkib Cik Murai

Selesai pendaftaran, Cik Murai naik ke tingkat 5 untuk berehat. Sebaik saja masuk ke dalam bilik, memang tergamam lihat keluasannya. Sangat besar dan selesa. Katilnya pula bersaiz king dan dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk, sofa, Smart TV, Wi-Fi, meja kerja, tempat simpan dan gantung pakaian serta peti besi.

Foto – Arkib Cik Murai

Tandasnya pula dilengkapi dengan alat mandian, tuala dan pengering rambut. Yang best tentang tandasnya, hanya satu bahagian dinding sahaja dicat dengan warna kuning, manakala selebihnya putih. Dan cerminnya pula kita boleh adjust lampu untuk kecerahannya.

Foto – Arkib Cik Murai

Foto – Arkib Cik Murai

Pemandangan bilik ini menghadap ke kawasan perumahan dan ke arah kolam. Cantik dan tenang untuk berehat sementara tunggu makan malam. Untuk makan malam, Cik Murai turun ke restoran Transit by JWC Restaurant yang terletak di lobi hotel butik ini. Kafe ini hanya menyediakan makanan ringan, beberapa makanan Barat, kopi dan teh sahaja. Selepas itu, Cik Murai naik dan berehat untuk aktiviti pada hari kedua.

#2 Hari Kedua 

Sekitar jam 8 pagi, Cik Murai dibawa mengelilingi kawasan kejiranan sekitar STEG Hotel oleh petugas hotel. Berdekatan dengan hotel ini, ada pasar pagi Tiong Nam yang terdiri daripada peniaga tempatan dan juga Indonesia.

Foto – Arkib Cik Murai

Cik Murai dibawa ke beberapa tempat makanan yang terbaik dan popular seperti Betty Tapak Lapan yang menyediakan makanan Indonesia, Fish Head Noodle iaitu mee kepala ikan yang dibuat menggunakan resepi dari China dan kopitiam.

Foto – Arkib Cik Murai

Kemudian Cik Murai berjalan-jalan di sekitar pejalan kaki yang berdekatan dengan LRT PWTC dan Sunway Putra Mall. Di sini, Cik Murai melihat ada sekumpulan warga emas yang sering bersenam bersama-sama setiap pagi. Selepas itu Cik Murai kembali ke hotel dan menikmati sarapan pagi. Setelah selesai bersarapan, Cik Murai dibawa pula untuk mengelilingi hotel butik ini. Bermula dari bilik hotel, kemudahannya dan kawasan sekitar.

Lobi: 

Foto – Arkib Cik Murai

  • Transit by JWC Restaurant tawarkan makanan dan minuman termasuk pastri, sourdough buatan tangan, sandwich, pasta, kopi dan teh. Waktu operasinya 7 pagi – 9 malam setiap hari.
  • Vegetory pula adalah ladang teknologi dalaman yang menggunakan lampu khas untuk menuai sayur seperti salad, kangkung dan banyak lagi. Waktu operasinya 9 pagi – 6 petang setiap hari.

Tingkat 1 & Mezanine:

Foto – Arkib Cik Murai

  • Ruang mesyuarat yang menempatkan sehingga 200 orang (boleh dibahagi kepada 3 bilik kecil: South, Central dan North muatkan 60-80 orang).
  • Untuk ahli perniagaan eksekutif boleh gunakan Forum (bilik lembaga direka bentuk estetik boleh muatkan 20 orang) atau @ten (ruang istirehat eksklusif yang gabungkan soda dan pemandangan Kuala Lumpur).
  • Bilik tarian hotel, Bankett berkeluasan 1072sqm. Sesuai untuk majlis kahwin, sosial dan korporat  yang boleh muatkan sehingga 360 orang. Bankett dilengkapi dengan kemudahan terkini, sistem audio-visual, panel bunyi akustik dan sambungan Wi-Fi.

Tingkat 2: 

Foto – Arkib Cik Murai

  • The Red Pool dibina menggunakan jubin mozek merah yang dilengkapi dengan kerusi jemur, payung dan tuala dalam warna yang sama. Kolam ini beroperasi sekitar 7 pagi-8 malam setiap hari.
  • Sweat @two bersebelahan kolam renang adalah bilik kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan kardiovaskular dan latihan kekuatan. Waktu operasinya sekitar 7 pagi – 11 malam setiap hari.
  • B.est Mind + Body pula adalah pusat terapi minda dan badan. Ada Yoga, Pilates, Zumba, HIIT, Sound Healing dan banyak lagi. Untuk tetamu hotel akan diberikan harga istimewa pada setiap hari Selasa-Ahad.

Tingkat 3-10:

Foto – Arkib Cik Murai

  • Ada 171 bilik tidur yang menawarkan 4 pilihan penginapan iaitu Swanky, Groovy, Ritzy dan Suite.
  • Swanky ada katil single/twin (17-23sqm), menghadap ke Jalan Raja Laut.
  • Groovy pula mempunyai katil twin/king (20-30sqm) dan menghadap ke kolam renang dan kawasan kejiranan Tiong Nam.
  • Ritzy (17-30sqm) boleh dipilih sama ada mahu katil single, twin atau king. Dan ianya terletak di tingkat 10 iaitu tingkat eksekutif.
  • Suite (42-60sqm) pula sesuai untuk mereka yang mahu raikan detik istimewa. Ada 3 pilihan iaitu Suite I/II, Love Nest atau Sakura.

Harga:

  • Swanky – Single Bed (RM 560)/ Twin Bed (RM600)
  • Groovy – King Bed (RM740) / Twin Bed (RM740)
  • Ritzy – Single Bed (RM720) / Twin Bed (RM880) / King Bed (RM880)
  • STEG Suite I/II – RM1800
  • Love Nest – RM2800
  • Sakura – RM3000+

Foto – Arkib Cik Murai

Cik Murai paling suka Sakura Suite kerana ia dihiasi dengan konsep Jepun-Cina, memang rasa romantik habis. Dan bilik suite ini ada jacuzzi, boleh lihat dari katil tau!

Atas bumbung (rooftop):

Foto – Arkib Cik Murai

  • Ruang terbuka di mana Cik Murai dapat melihat pemandangan 180° Pusat Bandar Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Di bahagian ini juga kamu boleh bersenam atau anjurkan majlis tau.

Setelah selesai mengelilingi hotel ini, Cik Murai dijemput untuk mengikuti bengkel kopi. Dianjurkan oleh JWC Roastery, Cik Murai mempelajari cara membuat kopi, tahu apa selera Cik Murai dan banyak lagi. Untuk makan malam pula, Cik Murai dibawa ke Nasi Kandar Mohd Yaseen berdekatan dengan hotel. Restoran ini boleh dikatakan popular dalam kalangan penduduk sekitarnya.

Foto – Arkib Cik Murai

#3 Hari Ketiga

Pada hari terakhir, Cik Murai bangun sekitar 8 pagi untuk mengikuti kelas Yoga. Sepatutnya Cik Murai akan lakukan Aqua Yoga iaitu yoga dalam air, tetapi disebabkan oleh hujan Cik Murai lakukan yoga di dalam kelas sahaja.

Foto – Arkib Cik Murai

Selepas selesai beryoga, Cik Murai turun ke restoran Transit by JWC Restaurant untuk menikmati sarapan terakhir. Ketika ini, Cik Murai nikmati sourdough dan Chicken Katsu Bagel. Memang sedap. Selesai bersarapan, Cik Murai naik ke bilik untuk mandi dan mengemas pakaian sebelum check out.

Pengalaman 3h2m di STEG KL memang best dan sangat di-recommend! Walaupun hotel butik ini terletak di kawasan Chow Kit yang bagi sesetengah orang rasa takut dengan kawasan sekitarnya, tapi apa yang Cik Murai katakan ianya tidaklah menakutkan. Apa-apa pun, memang best stay dekat sini.

Kalau kamu berminat nak menginap di STEG KL, boleh pergi ke [SINI].

#stegkl#stegkualalumpursteg klsteg kl reviewsteg kuala lumpur
https://lomp.at/la4h4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara