Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Berita

4 Fakta ‘Pelik’, Menarik & Unik Sepanjang Anugerah Juara Lagu Ke-38 Berlangsung!

by Soph Azz
March 4, 2024
Foto - Instagram

Foto - Instagram

252
KONGSIAN
Share on Facebook

Acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang diadakan di Dewan Axiata Arena Bukit Jalil telah melabuhkan tirainya semalam.

AJL38 kali dikatakan sangat meriah dan meninggalkan kesan kepada tetamu serta penonton dengan persembahan yang sangat memukau daripada para peserta.

Sekiranya kamu tidak sempat atau terlepas daripada menonton persembahan AJL38 semalam, entri ini khas untuk kamu kerana Miss Murai akan kongsikan 4 fakta ‘pelik’, menarik dan unik yang  berlaku sepanjang AJL38 semalam.

1. Aisha Retno Terbang Setinggi 30 Kaki Di Tengah Persembahan 

Naib juara AJL38, Aisha Retno tidak melepaskan peluang untuk memberikan persembahan yang terbaik. Apa yang membuatkan ramai terkejut dan teruja dengan persembahannya, Aisha dilihat terbang setinggi 30 kaki di saat-saat akhir persembahan.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Membuatkan penonton memberikan ‘standing ovation’, persembahan ‘terbang’ Aisha ini telah diatur dan dilakukan secara profesional. Sangat unik dan berbeza ideanya!

2. Cameo Untuk Amir Jahari, Beto Khusairy & Diana Danielle Buat Kemunculan Istimewa 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Siapa sangka di sebalikan penyanyi koir di atas pentas, Amir Jahari membawa Beto Khusairy dan Diana Danielle sebagai tetamu istimewanya. Walaupun hanya menyanyi secara bersendirian dan bersahaja, lagu ‘Hasrat’ yang merupakan OST filem ‘Imaginur’ itu telah dinobatkan sebagai juara AJL38.

3. Aina Abdul Jadi Pokok?

Sering muncul dengan idea segar dan lain daripada yang lain, kali ini Aina Abdul muncul menggayakan busana berkonsepkan ‘Tree of Life’ yang membawa simbolik enam akar pokok.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Menariknya di akhir persembahan, Aina sebagai akar pokok terapung di atas membawa maksud individu yang mahu bergerak ke hadapan dan meletakkan dirinya sebagai fokus utama dalam kehidupan.

4. Ernie Zakri Gayakan Baju Ikan Laga 

Direka khas oleh AMAZE OFFICIAL, busana yang dikenakan oleh Ernie Zakri serba merah yang garang dan flowy ini merupakan pakaian two-piece seperti korset dan statement pants. ‘

View this post on Instagram

A post shared by Aura (@erniezakri)

  • Bahagian atasannya adalah korset berstruktur penuh lisu lipatan dengan lengan handkerchief pleats yang diperincikan dengan dandanan manipulasi dalam fabrik senada.
  • Manakala bahagian bawah pula adalah statements pants yang diinspirasikan oleh ikan laga. Perinciannya menampilkan lapisan handkerchief pleats senada, fabrik polisilk untuk efek flowy dan ringan.

AJL38 semalam menyaksikan Amir Jahari sebagai juara lagu, Aisha Retno di tempat kedua dan Aina Abdul di tempat ketiga. Selain itu, Aina Abdul turut memenangi Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa, manakala AIsha Retno memenangi persembahan terbaik.

"Sihat Ni Kejap Je Allah Nak Bagi, Kejap Je Allah Nak Tarik..."-Aisha Retno
aina abdulAisha RetnoAJL38Amir Jaharianugerah juara laguanugerah juara lagu 38ernie zakri
Share101Tweet63SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem