Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga para penonton sehingga beremosi! Sepanjang penghayatan kami, 4 pelakon ini benar-benar berjaya membawa watak OKU dengan baik malah ada diantara drama lakonan mereka mencetuskan fenomena!

Benji – Kerana Cintaku Saerah

Masih segar dalam ingatan kami watak Jibek lakonan Benji menerusi drama Kerana Cintaku Saerah. Siapa sangka, penangan Jibek berjaya mencetuskan fenomena drama itu di TV3 malah lagu OST nya berjudul Seribu Tahun juga masih popular sehingga ke hari ini. Ramai yang beranggapan bahawa drama ini merupakan salah satu drama yang terbaik pernah ditayangkan di stesen televisyen itu.

Jay Iswazir – Aku Nazmi

Drama Aku Nazmi berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata! Pelakon yang membawa watak Nazmi, Jay Iswazir turut diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018. Akui pernah dipandang rendah kerana rupa parasnya namun Jaya atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berjaya membuktikan bahawa bakat adalah segala-galanya.

Naim Daniel – Pia

Selebriti yang cukup berbakat! Sejak dari kecil lagi kemampuan pelakon yang serba boleh Naim Daniel telah membuktikan bahawa dia mampu membawakan sesuatu watak dengan baik.Terbaru, membawa watak sebagai remaja OKU dalam drama Pia , lakonan Naim cukup mengharukan malah seakan-akan kelihatan benar. Selain berlakon, Naim juga merupakan seorang penyanyi baharu yang kini popular menerusi lagu Sumpah yang juga OST drama berkenaan.

Sarah Shamira – Seutuh Kudrat Talian Kasih

Sebelum munculnya drama-drama yang mencetuskan fenomena seperti diatas, drama Seutuh Kudrat Talian Kasih terlebih dahulu mendapat tempat dikalangan penonton. Menampilkan Sarah Shamira sebagai Mariam, drama tersebut benar-benar meninggalkan kesan malah sehingga ke hari ini masih lagi disebut-sebut.

Biarpun begitu pelakon kanak-kanak berkenaan tidak lagi berlakon malah sudah berniqab dan bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang.

aku nazmidrama mariamdrama terbaikjibekkerana cintaku saerahpia
https://lomp.at/bexr2
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara