Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

4 Tahun Dua Legenda Rock Tanah Air Bermusuh, Awie Dan Amy Search Akhirnya Berdamai

by Puteri Alia
July 10, 2023
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Hubungan dingin antara Datuk Awie dan bintang rock legenda, Datuk Amy Search selama empat tahun kembali pulih dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

Selepas empat tahun berseteru, dua vokalis rock legenda tanah air, Datuk Awie Wings dan Datuk Amy Search akhirnya mengenepikan ego dan berdamai saling memaafkan antara satu sama lain.

Mengesahkan perkara itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, selain tidak mahu lagi bermusuhan dengan sesiapa, hatinya terbuka untuk berdamai selepas bertemu dengan dua orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Antasha,13, selepas lapan tahun terpisah.

Menurut Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, pertemuan yang diaturkan satu pihak baru-baru ini menjadi titik permulaan baharu untuk hubungannya bersama Amy yang dianggapnya seperti seorang abang.

“Saya ambil masa berminggu-minggu untuk setuju mengenai pertemuan itu dan perlu fikirkan sebab masing-masing ada ego sendiri.

“Namun selepas difikirkan semula, tidak mahu biadab dengan orang yang lebih dewasa, saya sayang dia sebagai seorang abang, pelopor muzik rock di Malaysia dan tiada yang lebih layak untuk memegang gelaran nombor satu sepertinya,” katanya kepada Kosmo! Online di NusaFest, di sini baru-baru ini.

Tambah vokalis berusia 54 tahun itu, hubungannya dengan Amy mula dingin sejak tahun 2019.

Dia bagaimanapun akur dan sebagai individu yang lebih muda, ego harus diketepikan dan enggan memanjangkan permusuhan tersebut.

“Hubungan kami dingin beberapa tahun juga, sejak pemain drum Search, Allahyarham Yazit Ahmad meninggal dunia (tahun 2019).

“Disebabkan lebih muda daripadanya, saya pergi jumpa dan saling bermaaf-maafan sebagai adik dan abang, sahabat serta ahli perjuangan dalam industri ini.

“Tiada apa lagi yang hendak fikirkan. Umur pun semakin tua, kubur pun memanggil-manggil (kematian). Ini bulan yang baik dan mulia,” jelas pelakon serta penerbit filem Sue-On itu.

Awie mengakui, pertemuan semula dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, baru-baru ini turut membuka matanya untuk memperbaiki hubungan yang dingin dengan individu lain.

“Saya nak buang zaman bodoh-bodoh seperti dulu.

“Sejak saya sudah dapat bertemu kembali dengan anak-anak baru-baru ini, saya mencari dan hubungi semula kawan-kawan yang bergaduh dengan saya, kami lupakan masalah serta bersahabat semula.

“Alhamdulillah, dunia semakin sempit dan semakin hari, kematian juga menghampiri. Sudahlah cukup,” ujarnya.

Hubungan dingin bermula, apabila Amy berkecil hati dengan kenyataan Awie yang mendakwanya mengabaikan Yazit ketika sakit.

"Cari Benda & Tangan Ajaib, Dia Tak Keseorangan..."-Shila Amzah

Baginya, Awie melemparkan tuduhan tidak berasas dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak.

Terdahulu, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia sekitar September 2019 akibat pelbagai penyakit.

amy searchawie
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem