Tuesday, August 5, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

5 Bandar Yang Pelik Dan Unik Di Dunia

by Phic ARMAN
December 1, 2016
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Keunikan sesebuah bandar itu adalah pada keistimewaan dan apa yang  pelik dan tiada di tempat lain.

Kebiasaannya bandar yang unik dan pelik ini akan menerima lebih ramai pelancong yang mahu melihat sendiri keunikan yang ada.

Sebut sahaja negara Jepun, Sepanyol, Australia dan lain-lain pasti kita akan menggambarkan tentang  percutian yang biasa.

Namun sebenarnya terdapat keanehan dan keunikan pada bandar-bandar di setiap negara yang perlu kita tahu dan teroka. Jom kita lihat apa yang unik bandar-bandar berikut.

nagoro

1. Nagoro, Jepun

Merupakan sebuah perkampungan yang memiliki kurang penduduk dan jumlahnya semakiin berkurangan hanya tinggal 35 orang sahaja. Menyedari hakikat itu, seorang artis penggiat seni tempatan Ayano Tsukimi, 64, mendapat idea yang unik. Dia mula membuat patung mainan bersaiz orang sebenar. Patung berkenaan kemudiannya disusun di seluruh bandar Nagoro. Hingga kini kira-kira 350 patung telah dihasilkan oleh Tsukimi dan ia terus dibuat setiap kali ada penduduk yang meninggal dunia atau berpindah dari bandar tersebut.

2. Hallstatt, China

Ia merupakan sebuah bandar Austria tetapi berada di China!! Negara China sememangnya pakar dalam meniru produk atau barangan lain sehinggakan ianya hampir sama dengan produk asli. Itulah asalnya bandar Hallstatt di mana ia ditiru oleh China hampir sama dengan bandar asal di Austria. Bandar itu mula dibina pada tahun 2012 oleh sebuah syarikat perlombongan China Minmetals. Sehingga kini masih belum dipastikan berkenaan maklumat penduduk di situ.

lilydale

3. Lily Dale, New York

Bandar Lily Dale dibina sebagai tempat untuk dukun, pengamal paranormal dan pemujuk semangat. Ia pernah menjadi isu besar ketika zaman kegemilangan gerakan ilmu pengetahuan pada awal tahun 1900-an. Kini penduduk tetap di bandar ini hanya sekitar 200 orang namun ia dikunjungi oleh 20,000 pelawat setiap tahun.

coober pedy

4. Coober Pedy, Australia

Bandar ini kaya dengan sumber batu permata opal berkualiti tinggi dan mendapat jolokan bandar opal utama dunia. Sejak berdekad lalu pelombong mula mengorek dan melombong opal di sini dan mereka kemudiannya membuat keputusan untuk membina kediaman di bawah tanah. Jumlah penduduk di bandar ini adalah sekitar 1,600 orang dan penempatan bawah tanah yang dibina cukup unik.

setenil

5. Setenil de las Bodegas, Sepanyol

Terletak di barat laut bandar Ronda,Sepanyol, bandar ini berpenduduk sekitar 3,000 orang. Apa yang unik di bandar ini adalah kerana banyak bangunan di bandar ini adalah betul betul dibina di tepi  Gunung Cadiz. Rumah-rumah berwarna putih dan kafe yang terletak di bawah tebing-tebing dan di dalam gua dengan permukaan batu yang terdedah membentuk dinding dan siling belakang mereka. Walaupun begitu penduduk Setenil terkenal dengan kualiti produk dagingnya dan juga perniagaan restoran.

bandarDuniamenarikpelikunik
https://lomp.at/ko8g4
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem