Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Binaan Pelik Oleh Orang Kaya Dari Seluruh Dunia

by Aphit J.
January 28, 2021
via South China Posting

via South China Posting

Share on Facebook

Di Malaysia, salah satu kayu ukur kekayaan adalah dengan adanya rumah banglo yang besar dan juga beberapa asset lain yang mewah. Tapi tahukah anda menurut Iluminasi, terdapat 5 orang kaya yang memilih untuk membina bangunan mengikut cita rasa mereka disebabkan terlalu banyak wang.

Pagar Akuarium, Turki

via Pinterest

Mehmet Ali Gökçeoğlu telah membina sebuah pagar akuarium di sekeliling rumah agamnya. Akuarium sepanjang 50 meter yang diisi ratusan ekor ikan dan sotong kurita itu telah berjaya menarik minat sehingga ribuan pengunjung setiap hari untuk melihat sendiri rumah dan pagar unik itu.

Gunung Peribadi, Beijing

via South China Posting

Zhang Biqing, seorang doktor jutawan dari Beijing telah membina sebuah gunung di atas bangunan apartmentnya setinggi 26 tingkat. Ia mengambil masa selama lebih enam tahun untuk dibina.

Menurut Iluminasi, di sebabkan terlalu banyak aduan, Biqing terpaksa akur apabila pihak berkuasa akhirnya mengeluarkan arahan untuk merobohkan binaan tersebut pada tahun 2013.

Pulau Lanun, United Kingdom

via Skyvantage

Pulau Lanun ataupun Pulau Challis yang dibina oleh seorang pemida berusia 30-an ini sangat menarik kerana bertemakan lanun dan lokasi pulau ini lengkap dengan sebuah dok kapal, air terjun dan pantai.

Istana Fairytale, China

via South China Posting

Liu Chonghua merupakan seorang jutawan dari China sedang dalam misi untuk membina 100 buah istana kisah dongeng. Menurut Iluminasi, Chonghua telah melaburkan lebih 100 juta yuan untuk membina rumah idamannya.

Gereja Ayam, Indonesia

via Warta Wisata

Bangunan pelik ini terletak di tengah-tengah hutan belantara di Indonesia. Gereja Ayam yang sudah lama ditinggalkan ini merupakan sebuah tarikan pelancong di kawasan Magelang, Jawa Tengah. Ia menjadi salah satu lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta 2.

Jadi untuk anda yang mempunyai lebihan duit, mungkin boleh cuba bina landmark sendiri. Mungkin dapat menjadi salah satu tarikan pelancong.

idea pelanconganlokasi menariklokasi pelancongan
https://lomp.at/7zho8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara