Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026
Foto - redBus

Foto - redBus

Share on Facebook

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah perjalanan yang lebih bebas dan bermakna.

Menurut Solo Female Travel Trends and Statistics 2024, wanita kini menyumbang 70% daripada lawatan ke laman web hotel di seluruh dunia, menekankan pengaruh mereka yang semakin besar dalam perancangan dan tempahan perjalanan.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, redBus mengetengahkan 5 destinasi mesra solo yang memudahkan wanita Malaysia memulakan pengembaraan mereka, sama ada percutian santai di dalam negara atau jelajah merentas sempadan.

1. Ipoh, Perak

Perhentian Bas Terdekat: Terminal Bas Amanjaya (12 km sahaja)

Jika idea untuk travel solo membuatkan jantung berdebar, biar Ipoh menjadi “soft launch” anda. Nak idea aktiviti solo? Tempah tempat duduk tepi tingkap dalam bas ke Ipoh dan terus mulakan “heritage cafe crawl” anda. 

Foto – redBus

Dengan redBus Food Map sebagai panduan, anda boleh menemui rahsia kopi terbaik Ipoh, termasuk Kedai Kopi Nam Heong. Kemudian, berjalanlah sekejap ke Muzium Yasmin di Kong Heng. Luangkan satu jam menulis di jurnal anda; ini cara santai untuk merenung diri sambil menikmati suasana bersejarah.

2. Kuala Lumpur (KL)

Terminal Bas Terdekat: Terminal Bas Bersepadu Selatan (13 km sahaja)

Bagi gadis kota yang ingin melihat ibu negara dari sudut baharu, KL menawarkan pengalaman budaya yang lebih dalam daripada yang disangka. Dengan fenomena “Stamp Hunting” 2026, sistem pengangkutan awam bandar ini berubah menjadi satu permainan mencari harta karun yang penuh ganjaran.

Foto – redBus

Idea aktiviti solo? Naik LRT atau MRT dan mulakan aktiviti “stamp hunting” anda. Kumpulkan cop-cop seni daripada Central Market, REXKL, dan Bangunan Zhongshan. Rasai kepuasan, kebebasan kreatif, dan nikmati momen seperti satu-satunya dewasa yang benar-benar seronok bermain mencari harta karun.

Bukan Sekadar Kafe, Listen HiFi Cafe Jadi Port Baru Untuk Dengar Muzik Dalam Suasana Tenang

3. Cameron Highland, Pahang

Terminal Bas Terdekat: Terminal Bas Tanah Rata (5 km sahaja)

Lokasi ideal untuk unplug dan membiarkan alam semula jadi yang berbicara. Udara sejuk serta bukit-bukit hijau ladang teh menyediakan latar semula jadi untuk merenung diri dan memulihkan tenaga.

Foto – redBus

Idea aktiviti solo? Tempah Lawatan Separuh Hari Cameron Highlands & Mossy Forest melalui redBus. Lawatan ini juga singgah di BOH Tea Centre (Sungei Palas Garden) yang terkenal, di mana anda boleh melawat kilang ladang teh serta membeli-belah cenderahati. Selepas itu, teruskan solo date anda dengan strawberi segar yang dipetik sendiri dan pencuci mulut lazat di ladang strawberi tempatan.

4. Johor Bahru, Malaysia ke Batam, Indonesia

Bersedia untuk ‘day trip‘ antarabangsa kamu yang pertama? Laluan dari Berjaya Waterfront (Johor Bahru) ke Batam Centre menawarkan pengalaman perjalanan antarabangsa yang mudah. Dalam kurang dari dua jam, anda boleh menukar panorama bandar Malaysia kepada pengalaman pulau Indonesia yang meriah dan berwarna-warni.

Foto – redBus

Idea aktiviti solo? Tempah tiket feri melalui redBus dan terus ke Batam dan setibanya di Batam Centre, berjalan kaki ke Mega Mall berhampiran untuk sesi spa yang mewah tetapi mesra bajet. Manjakan diri dengan mandian krim tradisional Indonesia atau urutan seluruh badan sebelum menikmati makanan laut segar di tepi laut. Anda akan kembali ke Johor Bahru menjelang malam, dengan cop baru di pasport.

5. Langkawi, Malaysia Ke Koh Lipe, Thailand

Bagi wanita yang benar-benar ingin “melarikan diri”, perjalanan dari Kuah Jetty, Langkawi ke Bundhaya Beach, Koh Lipe adalah pengalaman yang magis. Ini adalah solo date tahap mahir, satu peralihan dari pantai-pantai Malaysia yang biasa kepada “Maldives Thailand” yang airnya jernih bak kristal.

[VIDEO] Temple Tree Langkawi: 'Charge' Tenaga Dengan Percutian Yang Lebih Tenang & Jauh Dari Bandar!
Foto – redBus

Idea aktiviti solo? Setibanya di terminal feri Bundhaya Beach, daftar masuk ke chalet dan mulakan petang dengan menuju ke kafe tepi pantai untuk menikmati kelapa segar. Apabila hari mula senja, kamu boleh berendam, berenang atau sesi snorkeling ringkas di pantai.

Jangan lupa untuk berjalan-jalan di Walking Street berhampiran untuk meninjau gerai-gerai perhiasan tangan dan pelbagai juadah tempatan Thailand. Akhiri hari dengan melihat persembahan tarian api.

Kalau kamu sudah bersedia untuk menempah pengembaraan solo pertama, atau seterusnya, layari redBus untuk menempah tiket bas atau feri, dan gunakan kod REDBUS60 untuk menikmati diskaun segera 30% sehingga RM10 & cashback 30% sehingga RM18 bagi SEMUA tiket.

Happy holiday!

batamhari wanita antarabangsaipohJohor Bahrukoh lipeKuala Lumpurlangkawipasar seni
https://lomp.at/i3kuj
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Kenali Eric Fettke, Executive Chef Shangri-La KL, Pernah Terlibat Dengan Sukan Olimpik?

by Phic ARMAN
April 21, 2026

Dunia kulinari hotel mewah di Shangri-La Kuala Lumpur kini makin hangat bila seorang chef bertaraf antarabangsa, Eric Fettke, rasmi dilantik...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara