Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Fakta Mengenai K-Clique Yang Peminat Perlu Tahu

by Khai Azfar
July 10, 2019
Share on Facebook

Jika kami minta anda senaraikan penyanyi Hip-Hop sudah pasti nama nama besar seperti Altimet, SonaOne, Joe Flizzow, Caprice akan bermain di fikiran.

kredit gambar : Paandeli instagram.com/paandeli

Namun, tahukah anda bahawa kumpulan K-Clique kini semakin mendapat tempat dan dikenali dengan keunikan sendiri. Bersempena dengan temubual eksklusif bersama murai.my, kami rangkumkan 5 fakta menarik mengenai K-Clique

5 Trivia K-Clique 

Popular Di Sabah

Biarpun namanya baru meningkat naik, namun K-Clique terlebih dahulu mencuri perhatian di Sabah. Buat peminat muzik Hip-Hop tempatan pula nama K-Clique bukanlah sesuatu yang asing buat mereka.

Anggota Kumpulan Rap Paling Ramai Di Malaysia

Lazimnya penyanyi Hip-Hop tempatan akan muncul sebagai solo, dua atau trio. Jika berkumpulan pula tidak akan melebihi jumlah seramai lima orang anggota. Berbeza bagi K-Clique yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas ini mereka merupakan kumpulan rap yang mempunyai paling ramai ahli di Malaysia dengan jumlah 8 orang ahli kumpulan.

Artis Pertama Bernaung Bawah BHC

Untuk yang tertanya, K-Clique kini bernaung di bawah Black Hat Records (BHC) , sebuah syarikat rakaman yang ditubuhkan bagi memartabatkan genre urban music di Malaysia. Malah K-Clique juga merupakan artis pertama yang bernaung di bawah syarikat rakaman milik penyanyi rap, Alif. 

Tumpang Tempias Lagu Bossku

YouTube video

Seiring dengan kemunculannya, K-Clique juga semakin dikenali kerana menumpang tuah lagu ‘ Bossku’ yang dinyanyikan oleh tiga orang ahli kumpulan ini iaitu MK, Somean dan Tuju berduet bersama MeerFly. Sehingga kini video lagu yang dimuatnaik di laman YouTube sejak April lalu telah mencecah lebih dari 6 juta tontonan.

Tampil Dengan Single Mimpi

YouTube video

Biarpun sudah mempunyai single lain, namun K-Clique dengan bangganya memperkenalkan single pertama mereka bersama BHC yang berjudul Mimpi. K-Clique ketika ditemui murai.my berkata lagu ini mempunyai pelbagai kenangan dimana ianya merupakan cetusan idea dan pengalaman mereka sendiri merealisasikan impian sebagai kumpulan rap.Biarpun mempunyai ramai ahli, namun ianya bukanlah satu masalah bagi mereka memandangkan mereka saling mengenali sejak kecil lagi dan menerima kebaikan dan keburukan masing-masing.

K-CliqueK-Clique Bossku
https://lomp.at/yapc6
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara