• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

5 Fakta Rose Hanbury, Wanita Yang Dituduh Ada Skandal Dengan Putera William

by Phic ARMAN
April 15, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini rumah tangga Putera William dan Kate Middleton dirumor sedang goyang kerana isu kehadiran orang ketig. Khabar mengenai isu itu terjadi saat  Kate Middleton sedang hamil anak ketiga, Putera Louis, yang lahir pada 23 April 2018 tahun lalu. Wanita yang disebut-sebut menjadi punca  hubungan pasangan diraja ini goyang adalah Rose Hanbury, yang tak lain adalah kawan baik kepada Kate Middleton.

Isu curang tersebut lantas dikatakan menjadi penyebab putusnya hubungan persahabatan Kate Middleton dengan Rose Hanbury. Laman In Touch Weekly mendakwa bahawa Kate terus bersemuka dengan Putera William saat mendengar rumor tersebut. Namun suaminya itu hanya tertawa dan tidak berkata  ada apa-apa.

Mungkin ramai yang tertanya, dari mana datangnya wanita ini dikhabarkan menjadi punca keretakkan rumahtangga Putera William dan Kate Middleton? Berikut kami rangkumkan lima fakta tentang Rose Hanbury.

Bekas Model Terkenal

Siapa sangka Rose Hanbury sempat menjadi model di bawah agensi yang sama dengan supermodel berasal dari England, Kate Moss. Itu tidak menjadi hairan kerana Rose memang memiliki postur tubuh yang ideal sebagai seorang model.

Isteri Bangsawan

Rose Hanbury mendapat gelaran Marchioness of Cholmondeley. Ini kerana dia merupakan isteri kepada seorang aktor, sutradara, sekaligus bangsawan Inggeris, David Rocksavage. David yang berusia 58 tahun ini adalah Marquess Cholmondeley ke-7, yang posisinya berada di atas seorang earl dan di bawah seorang duke. Rose Hanbury dan David bertemu pada tahun 2003 di Italy. Enam tahun selepas pertemuan tersebut pasangan mengumumkan pertunangan, sehari sebelum hari pernikahannya. Marchioness dan Marquess of Cholmondeley ini berenikah pada 2009 lalu.

Memiliki 3 orang Anak

Tak jauh berbeza dengan Kate Middleton, Rose Hanbury juga memiliki tiga orang anak. Dia dikurniakan anak lelaki kembar Alexander, Earl of Rocksavage dan Oliver, Lord Cholmondeley, dan seorang anak perempuan, Lady Iris. Tiga orang anak Rose tersebut juga teman sepermainan Putera George, anak bongsu Kate Middleton.

Gara-Gara Puji Kate Middleton, Meghan Markle Berdendam Dengan Katy Perry

Mendapat Pendidikan Di Sekolah Elit

Jika Kate Middleton bersekolah di Marlborough, England, Rose Hanbury juga tak mahu kalah, dia diketahui pernah menempuhi pendidikan di sekolah elit Stowe School, Buckinghamshire.

Neneknya Bersahabat Dengan Ratu Elizabeth

Nenek Rose diketahui merupakan sahabat Ratu Elizabeth dan pernah menjadi pengiring pengantin di pernikahan sang Ratu dengan Putera Phillip pada tahun 1947.

Umumnya,  Rose Hanbury juga berasal dari kalangan keluarga bangsawan dan begitu akrab dengan keluarga kerabat diraja Inggeri. Mereka pun sudah memiliki hubungan baik sejak dari dulu lagi. Kate dan Rose pun dikhabarkan sering travelling bersama. Namun selepas rumor ini tular, kedua-duanya jarang terlihat bersama.

kate middletonputera williamRose Hanbury
https://lomp.at/4elaw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Hollywood

Orang Penang Rupanya! 7 Fakta Isteri Andy Lau, Anak Usahawan Malaysia

by Phic ARMAN
July 8, 2020

Siapa tak kenal dengan bintang popular dari Hong Kong, Andy Lau. Andy sangat berahsia tentang kehidupan peribadinya. Tidak ramai yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore